Perkembangan Penanaman Getah: Satu Tinjauan Awal Terhadap Peranan Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) 1991-1994

Nur Liyana Zahidah Juri (2022) Perkembangan Penanaman Getah: Satu Tinjauan Awal Terhadap Peranan Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) 1991-1994. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 52-64.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB)

Abstract

Artikel ini akan membincangkan perkembangan Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) dari tahun 1991 sehingga 1994. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan menerangkan peranan LTGS dalam membantu perkembangan penanaman getah di Sabah. Menerusi kajian ini, didapati bahawa LTGS telah membelanjakan lebih kurang 65 juta ringgit untuk menjalankan kerja-kerja menanam semula, menyediakan latihan dan memberikan kemudahan memproses melalui pusat pemprosesan getah secara berkelompok. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi harga dan permintaan getah dalam pasaran tempatan. Kajian ini akan memfokuskan kepada peranan LTGS yang merangkumi bahagian kemajuan pekebun kecil, bahagian skim penempatan getah, dan bahagian operasi perindustrian. Oleh itu, dasar dan strategi yang dilaksanakan oleh LTGS menerusi pembukaan banyak projek berskala besar telah dapat menggalakkan pekebun kecil meningkatkan taraf ekonomi. Penyertaan pekebun kecil dalam projek yang disediakan ini mampu mewujudkan punca pendapatan yang tetap, peluang pekerjaan dan kemudahan pemasaran.

Item Type: Article
Keyword: Lembaga Tabung Getah (LTGS), Perkembangan, Peranan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:04
Last Modified: 19 Sep 2023 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37254

Actions (login required)

View Item View Item