Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di Kem Balak Bawah Seliaan British Borneo Timber Company

Nur Fardha Ayu Jusnih and Zainuddin Baco (2022) Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di Kem Balak Bawah Seliaan British Borneo Timber Company. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 162-169.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (36kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perkembangan industri pembalakan di Borneo Utara telah melonjak disebabkan permintaannya yang tinggi dan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Perkembangan ekonomi ini adalah atas sumbangan tenaga kerja daripada buruh yang dibawa oleh British daripada negara luar. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti perkhidmatan perubatan dan kesihatan di kem balak di Borneo Utara semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis data melalui pendekatan sejarah dengan menggunakan sumber primer di arkib yang terdiri daripada dokumen-dokumen kolonial seperti fail sekretariat, fail pejabat kolonial, laporan tahunan perubatan Borneo Utara, surat-surat rasmi, memorandum dan akhbar. Melalui penelitian ke atas sumber, pengkaji telah mendapati bahawa perkhidmatan kesihatan yang diberikan serta ordinan yang telah digubal oleh pihak British menunjukkan bahawa pihak mereka memberikan perhatian kepada keadaan kesihatan para buruh. Hal ini demikian kerana kadar kematian yang tinggi daripada kalangan buruh akan menjejaskan sektor ekonomi British di Borneo Utara khususnya dalam industri pembalakan. Diharapkan agar penulisan ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk mengkaji sejarah pembangunan industri pembalakan Borneo Utara dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Item Type: Article
Keyword: Pembalakan, Borneo Utara, British, ekonomi, Logging, North Borneo, economy
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry > SD430-(559) Exploitation and utilization Including timber trees, fuelwood, logging, transportation, valuation
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:36
Last Modified: 19 Sep 2023 10:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37261

Actions (login required)

View Item View Item