Sejarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di Borneo Utara dari Tahun 1881 hingga 1914

Nur Fardha Ayu Jusnih and Zainuddin Baco (2022) Sejarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di Borneo Utara dari Tahun 1881 hingga 1914. Jurnal Borneo Akhailogia, 7. pp. 189-202.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (457kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingga penubuhan dispensari pertama di Borneo Utara pada tahun 1914. Sebelum kedatangan British ke Borneo Utara, perkhidmatan perubatan dan kesihatan moden di Borneo Utara masih belum wujud. Masyarakat tempatan secara majoritinya hanya bergantung kepada bantuan perubatan tradisional bagi mengatasi sebarang penyakit. Selepas kedatangan British, pihak mereka telah membina hospital dan dispensari bagi kegunaan pegawai British dan pekerja buruh mereka. Namun begitu, kekurangan kepakaran dalam mengubati penyakit berjangkit telah menyebabkan ia semakin merebak di Borneo Utara. Maka, pihak British bertindak menstrukturkan semula pentabiran kesihatan dan membina lebih banyak hospital dan dispensari bagi mengatasi isu kesihatan yang timbul dan mengelakkan kekurangan buruh. Kajian ini akan menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dari tahun 1881 sehingga 1914 dengan memfokuskan kepada tiga objektif utama. Objektif pertama akan mengenal pasti isu kesihatan yang timbul di Borneo Utara, manakala objektif kedua akan mengkaji perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang disediakan oleh SBUB. Objektif ketiga pula akan membincangkan ordinan perubatan dan kesihatan yang telah digubal oleh pihak SBUB. Kajian ini telah disempurnakan menggunakan kaedah kepustakaan dan arkib.

Item Type: Article
Keyword: Perkhidmatan, perubatan, kesihatan, British, Borneo Utara
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:37
Last Modified: 19 Sep 2023 10:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37262

Actions (login required)

View Item View Item