Penghapusan perhambaan di Borneo Utara selepas tahun 1881

Aping Sajok and Maureen De Silva (2022) Penghapusan perhambaan di Borneo Utara selepas tahun 1881. Jurnal Borneo Akhailogia, 7. pp. 236-249.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (571kB)

Abstract

Perhambaan mempunyai fungsi yang sangat signifikan kepada manusia seiring dengan peredaran zaman, Masyarakat peribumi di Borneo Utara juga tidak terlepas dari pengalaman sistem tersebut yang berakhir selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun 1881. Perhambaan dalam konteks masyarakat di Borneo Utara mempengaruhi banyak aspek, khususnya dalam sosiopolitik dan juga sosioekonomi mereka. Selain berfungsi sebagai buruh atau tenaga kerja, kewujudan hamba dapat melambangkan status, kuasa, pengaruh dan identiti masyarakat yang mengamalkannya seperti suku kaum Suluk, Bajau, Iranum dan Melayu Brunei. Malah, dalam konteks Borneo Utara juga memperlihatkan hamba berperanan sebagai fungsi dalam aktiviti sosial masyarakat tradisional, yakni sebagai trofi, berian ataupun korban dalam suatu upacara dan ritual bagi suku kaum seperti Murut, Kadazan, Dusun dan Rundum. Oleh itu, artikel ini akan memperincikan dasar dan tindakan yang dilakukan oleh SBBU dalam menghapuskan amalan tersebut di Borneo Utara. SBBU melihat perhambaan sebagai suatu tradisi yang tidak berperikemanusiaan, serta bertentangan dengan perjuangan mereka yang mengangkat nilai-nilai kemanusiaan dan moral masyarakat. Usaha ini adalah selaras dengan tuntutan Piagam Diraja dan menjadi suatu anjakan untuk merubah dan memodenkan aspek sosial masyarakat di Borneo Utara. Justeru, artikel ini secara lanjut akan membincangkan lagi bagaimana dasar penghapusan tersebut dilaksanakan menerusi dasar dan undang-undang SBBU sehingga aktiviti perhambaan terhapus sepenuhnya di Borneo Utara.

Item Type: Article
Keyword: Perhambaan, SBBU, Borneo Utara, peribumi, dasar
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT601-1445 Classes > HT851-1445 Slavery
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:38
Last Modified: 19 Sep 2023 10:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37265

Actions (login required)

View Item View Item