Penglibatan Program Upskilling Dan Kebimbangan Kerjaya Terhadap Kesediaan Bekerja Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir

Mohd Faqhrullah Khamis and Getrude Cosmas (2023) Penglibatan Program Upskilling Dan Kebimbangan Kerjaya Terhadap Kesediaan Bekerja Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir. Jurnal Komunikasi Borneo, 11. pp. 214-221.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (226kB)

Abstract

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah memberi kesan yang tragis buat seluruh masyarakat global termasuklah masyarakat di Malaysia. Penularan wabak COVID-19 ini juga telah melumpuhkan sektor-sektor utama seperti sektor pendidikan, ekonomi dan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, penawaran pekerjaan menjadi terhad ekoran daripada persaingan dalam mendapatkan pekerjaan akibat daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 ini. Terdapat segelintir pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kerana mereka terlalu memikirkan persaingan yang sengit untuk medapatkan pekerjaan apabila mereka tamat pengajian kelak. Jumlah pengangguran yang meningkat dan tawaran pekerjaan yang terhad juga menyebabkan kerisauan dan kebimbangan pelajar tahun akhir IPT semakin meningkat. Untuk mendepani cabaran ini, Pelajar tahun akhir hendaklah lebih bersedia dengan melibatkan diri dalam program upskilling. Dengan menyertai program tersebut, pelajar dapat meningkatkan beberapa kemahiran mereka seperti kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis, kreativiti dan kemahiran dalam kumpulan. Makalah ini membincangkan tentang pengaruh penglibatan program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen bagi kajian ini mengandungi 41 jumlah item. Seramai 345 orang responden dalam kalangan pelajar tahun akhir IPT di Sabah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis mendapati penglibatan pelajar dalam program upskilling membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam pencarian pekerjaan yang selesa dan lebih baik. Disamping itu, kajian ini juga mendapati semakin tinggi kebimbangan kerjaya masa hadapan pelajar, maka semakin tinggi kesediaan mereka untuk bekerja. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir dengan melibatkan diri dalam program upskilling agar lebih bersedia dalam pencarian pekerjaan kelak.

Item Type: Article
Keyword: Program Upskilling, kebimbangan kerjaya, kesediaan bekerja, pelajar tahun akhir IPT, pandemik COVID-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Sep 2023 15:33
Last Modified: 26 Sep 2023 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37431

Actions (login required)

View Item View Item