Tinjauan Literatur Sistematik Mengenai Faktor Pengeluaran Simpanan Persaraan Semasa Pandemik Covid 19

Claudia Jiton and Dzurizah Ibrahim (2023) Tinjauan Literatur Sistematik Mengenai Faktor Pengeluaran Simpanan Persaraan Semasa Pandemik Covid 19. Jurnal Komunikasi Borneo, 11. pp. 222-234.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (148kB)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang faktor pengeluaran simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19 melalui tinjauan literatur sistematik. Kebolehpasaran kerja telah terjejas secara mendadak akibat daripada SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik yang dinamakan COVID 19 yang melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 2019 sehingga menyebabkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan daripada awal tahun 2020 bagi mencegah penyakit yang membawa maut tersebut. Golongan pekerja paling terjejas kerana ada yang telah dibuang kerja mahupun mengalami pengurangan mendadak dari segi pendapatan sehingga menyebabkan kerajaan dan penggubal polisi setiap negara di dunia untuk menawarkan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terjejas. Keselamatan sosial yang baik sebenarnya penting sebagai jaminan kepada pekerja untuk mendapatkan faedah apabila berlakunya perkara yang tidak terduga seperti pandemik COVID 19. Maka, ada negara yang membenarkan pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik dengan tujuan membantu golongan yang terjejas. Namun demikian, keputusan tersebut sebenarnya cuma penyelesaian jangka masa pendek yang membawa kepada risiko jangka masa panjang. Analisis tematik digunakan untuk mengnalpasti dan menerangkan hasil kajian berkaitan dengan faktor pengeluaran wang simpanan persaraan menggunakan sorotan kajian lepas terbitan tahun 2020 sehingga 2023. Justeru, kajian mengenai faktor pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik adalah penting bagi membolehkan kajian masa depan melihat secara holistik faktor yang mendesak kepada pengeluaran wang simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19.

Item Type: Article
Keyword: Simpanan Persaraan, Keselamatan Sosial, Pandemik Covid19, Pengeluaran Awal
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Sep 2023 15:33
Last Modified: 26 Sep 2023 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37432

Actions (login required)

View Item View Item