Perbandingan penganggar kaedah Jackknife dan bootstrap bagi data terpencong

Pau Seng Nie (2007) Perbandingan penganggar kaedah Jackknife dan bootstrap bagi data terpencong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (738kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan perbandingan antara penganggar dengan menggunakan kaedah Jackknife dan Bootstrap bagi data terpencong. Objektif utama kajian ini adalah menentukan nilai statistik mudah seperti min, varians. Di samping itu, membanding nilai statistik dari sampel data sebenar yang menggunakan kaedah Bootstrap dan kaedah Jackknife. Data dipadankan dengan lognormal sebelum anggaran statistik biasa diperoleh masing-masing menerusi Jackknife dan Bootstrap. Didapati apabila bilangan cerapan terpencil semakin kurang, nilai varians statistik semakin kecil. Bagi tujuan itu, sampel data yang berkaitan dijana masing-masing menggunakan kaedah Jackknife dan Bootstrap. Didapati kaedah Bootstrap lebih sesuai daripada kaedah Jackknife untuk membina sampel daripada sampel kecil. Daripada selang keyakinan varians bagi sampel Bootstrap kajian mendapati ciri-ciri Penganggar Terbaik Saksama Yang Linear (BLUE) dipenuhi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Jackknife, Bootstrap, Data terpencong
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Oct 2023 15:27
Last Modified: 02 Oct 2023 15:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37458

Actions (login required)

View Item View Item