Magahau Rungus dari upacara ritual ke pesta keramaian

Esterlina Moo Chin Len Lazarus and Mohd Kipli Abdul Rahman (2022) Magahau Rungus dari upacara ritual ke pesta keramaian. Jurnal Gendang Alam, 12 (2). ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (60kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (314kB) | Request a copy

Abstract

Magahau merupakan perayaan tradisional yang disambut secara meriah dan besar-besaran oleh komuniti Rungus di daerah Kudat, Sabah. Istilah magahau membawa pengertian sebagai berpesta, mengadakan keramaian atau mengadakan kenduri. Kehidupan seharian etnik Rungus dahulu terikat dengan amalan kepercayaan tradisi, adat istiadat dan pantang larang yang telah diwarisi. Dengan demikian, perayaan magahau hanya akan dijalankan setelah semua upacara ritual selesai dilakukan. Etnik Rungus mempercayai bahawa amalan penyertaan upacara ritual dalam perayaan magahau adalah penting bagi tujuan keselamatan dan perlindungan mereka daripada gangguan kuasa ghaib. Bagaimanapun, etnik Rungus tidak lagi meneruskan amalan dan kepercayaan ini bersesuaian dengan perubahan kehidupan semasa etnik Rungus. Menerusi kajian etnografi, kajian ini menganalisis sistem kepercayaan dan amalan tradisi etnik Rungus melalui persembahan magahau. Hasil pemerhatian dan analisis mendapati bahawa transisi kehidupan komuniti Rungus telah mengubah konsep magahau dari upacara ritual ke pesta keramaian. Kajian seumpama ini penting sebagai usaha memelihara warisan ini untuk rujukan generasi akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Magahau, Rungus, Kepercayaan tradisional, Sabah, Traditional beliefs
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Oct 2023 12:13
Last Modified: 05 Oct 2023 12:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37465

Actions (login required)

View Item View Item