Hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam timss 2011 :Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura

Androw Celyron Sindeh (2014) Hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam timss 2011 :Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dengan pencapaian sains dalam TIMSS 2011 : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura. Seramai 5733 pelajar dari Malaysia dan 5927 pelajar dari Singapura terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak berkelompok. Soal selidik mengenai sikap terhadap sains yang terdiri daripada 20 item adalah bersifat multidimensi ( iaitu minat terhadap sains, motivasi terhadap sains dan keyakinan terhadap sains) Analisis korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan IEA IDB Analyzer- Merge Model dan IEA IDB Analyser-Analysis Modul bersama-sama dengan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 16. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap sains dengan pencapaian sains TIMSS 2011. Dengan itu dapat dirumuskan sikap pelajar terhadap sains mempengaruhi pencapaian sains. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sikap, Sains, TIMSS, Malaysia, Singapura
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) > Q1-295 General
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Oct 2023 16:14
Last Modified: 23 Oct 2023 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37527

Actions (login required)

View Item View Item