Hubungan konteks keluarga dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar daerah Pitas

Norbaya Rasick (2014) Hubungan konteks keluarga dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar daerah Pitas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara konteks keluarga dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar di daerah Pitas. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada wujud perbezaan dalam pencapaian akademik pelajar sekolah menengah berdasarkan faktor demografi seperti jantina, bilangan adik beradik, tahap pendidikan dan pendapatan bulanan ibu bapa. Seterusnya pengkaji ingin mengkaji hubungan antara konteks keluarga dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Selain itu pengkaji juga ingin mengkaji hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar. Seramai 260 responden telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Ujian t, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson dan data yang dihuraikan melalui statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.433, p<0.05) antara konteks keluarga dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.483, p<0.01) antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar berdasarkan faktor demografi adalah sederhana . Dapatan seterusnya, menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah berdasarkan faktor demografi dalam kalangan guru-guru. Di akhir perbincangan, pengkaji menyatakan beberapa implikasi kajian dan cadangan kajian lanjut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Keluarga, Ibu bapa, Pencapaian akademik pelajar
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Oct 2023 10:36
Last Modified: 30 Oct 2023 10:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37531

Actions (login required)

View Item View Item