Watak dan nilai positif dalam cerita jenaka etnik peribumi terpilih di Sabah

Asmiaty Amat and Nor Suhaila Sulaiman (2023) Watak dan nilai positif dalam cerita jenaka etnik peribumi terpilih di Sabah. Malay Literature, 36 (1). pp. 1-24. ISSN 0128-2670

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (392kB)

Abstract

Pewarisan sastera lisan secara tradisi menerusi pertuturan orang perseorangan atau penglipur lara bukan sekadar hiburan tetapi juga menggambarkan akal budi masyarakat terdahulu dan memiliki inti pati pengajaran yang bertujuan memberikan didikan kepada masyarakat. Kini, sastera lisan didokumentasikan, diterbitkan dan dianalisis mengikut keperluan sesuatu kajian. Sastera lisan yang berbentuk naratif, dikenali sebagai cerita rakyat mengandungi kisah binatang, cerita jenaka, hikayat dan sebagainya. Cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang dan Si Luncai sangat popular sehingga watak mereka dicitrakan dalam perspektif negatif seperti bodoh, bebal dan malang. Makalah ini membincangkan cerita jenaka etnik Brunei, Bajau Laut/Suluk dan Dusun yang terdapat di Sabah. Data daripada kajian ini diambil daripada buku Koleksi Cerita Rakyat Sabah (2019) yang diselenggarakan oleh Lokman Abdul Samad dan Suhaimi Yasinserta data cerita jenaka etnik Brunei yang telah diperoleh daripada kajian lapangan pada tahun 2012. Analisis data menggunakan teori kecerdasan emosi oleh Salovey dan Mayer (1990) bagi merungkai watak dan perwatakan menerusi cerita tersebut. Kajian mendapati bahawa cerita jenaka peribumi Sabah menemukan ciri watak dan nilai yang positif sekali gus memperbetul persepsi cerita jenaka Melayu yang sering kali memperlihatkan sifat bodoh dan malang sahaja. Oleh itu, cerita jenaka daripada pelbagai etnik juga wajar diberikan penekanan dan diajarkan di sekolah atau dibacakan kepada anak-anak untuk membentuk peribadi positif dalam kalangan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Sastera lisan, Cerita jenaka, Etnik peribumi Sabah, Teori kecerdasan emosi, Watak, Nilai positif
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN441-1009.5 Literary history > PN(905)-1008 Folk literature
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 31 Oct 2023 11:01
Last Modified: 31 Oct 2023 11:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37553

Actions (login required)

View Item View Item