Pengaruh akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru terhadap pencapaian murid di daerah berpencapaian rendah di Sarawak

Dayang Lelawati Abang Jalil (2017) Pengaruh akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru terhadap pencapaian murid di daerah berpencapaian rendah di Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (790kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru dengan pencapaian murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di daerah yang berpencapaian rendah di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 234 orang guru yang dipilih secara persampelan berkelompok mewakili sekolah di daerah Limbang, Lawas, Betong dan Samarahan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi 65 item yang dibina oleh pengkaji bagi pemboleh ubah akauntabiliti, interaksi guru dan pemboleh ubah pengurusan strategik sebahagiannya diadaptasi daripada kajian David berkaitan pengurusan strategik. Data daripada instrumen digunakan untuk mengukur tahap semua pemboleh ubah, dan hubungan serta pengaruh bagi pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan min ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar tinggi namun hanya terdapat hubungan positif yang lemah tetapi signifikan bagi akauntabiliti guru dan interaksi guru. Keputusan kajian juga mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar tidak mempengaruhi pencapaian murid. Oleh kerana nilai R Square (5.4%) mendekati nilai sifar maka dapat disimpulkan bahawa kemampuan pemboleh ubah tidak bersandar dalam menjelaskan pemboleh ubah bersandar amat terbatas. Namun demikian kajian ini mencadangkan bahawa guru haruslah sentiasa menunjukkan akauntabiliti mereka terhadap sekolah dan profesion serta sentiasa menggunakan interaksi sosial yang positif untuk membantu murid mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Selain itu kajian ini mencadangkan agar kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif untuk mendapat hasil dapatan yang mungkin tidak dapat dikenal pasti dalam kajian ini digunakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Guru, Pencapaian murid, Daerah berpencapaian rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Nov 2023 10:35
Last Modified: 22 Nov 2023 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37558

Actions (login required)

View Item View Item