Historiografi filem Melayu dalam konteks transformasi sosial dan sosiobudaya masyarakat Malaysia

Zairul Anuar Md. Dawam and Imelda Ann Achin and Rosli Sareya and Addley Bromeo Bianus and M. Fazmi Hisham (2022) Historiografi filem Melayu dalam konteks transformasi sosial dan sosiobudaya masyarakat Malaysia. Gendang Alam, 12 (1). pp. 23-48. ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (68kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (604kB) | Request a copy

Abstract

Filem harus merakam dan mentafsir transformasi sosial dan sosiobudaya masyarakat. Elemen naratif seperti tema, mesej, watak dan perwatakan, latar tempat dan masa, konflik dan plot akan menggambarkan isu dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Ia menjadikan filem sebagai alat komunikasi bagi menyampaikan mesej tertentu. Sebagai cerminan sosial, mesej yang disampaikan dalam filem boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan panduan bagi menjadikan masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan analisis secara historiografi terhadap filem-filem Melayu, didapati naratif filem Melayu juga memaparkan transformasi sosial dan sosiobudaya masyarakat Malaysia. Pengaruh hiburan dan idealogi Barat contohnya menyebabkan tema-tema filem Melayu ketika tahun 50-an dan 60-an banyak menyentuh isu sosial yang melibatkan hubungan kekeluargaan dan perbezaan kelas. Filem-filem seperti Ago go 67 (1967) dan Kaca Permata (1966) memaparkan kebimbangan penulis dan pengarahnya terhadap sikap golongan anak muda yang suka berhibur. Filem Penarek Becha (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertua-ku (1962) pula menyentuh perbezaan kelas antara golongan miskin dan kaya. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Langkah ini menyebabkan berlakunya transformasi sosial dalam masyarakat Melayu yang mewujudkan perubahan cara pemikiran terhadap isu yang berlaku di sekeliling mereka. Isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan kepimpinan disuarakan melalui filem Abang (1981) dan Matinya Seorang Patriot (1984). Pemikiran mengenai sikap negatif orang Melayu dan kepentingan agama juga telah dikritik melalui filem Kembara Seniman Jalanan (1986). Secara keseluruhannnya, walaupun terdapat filem yang menyentuh kesan transformasi sosial terhadap sosiobudaya masyarakat, tetapi bilangannya masih rendah. Kebanyakan filem Melayu yang dihasilkan masih berteraskan hiburan. Hal ini disebabkan pembikin filem dan produser masih menganggap bahawa filem adalah sebuah perniagaan berteraskan keuntungan.

Item Type: Article
Keyword: Historiografi, Elemen naratif, Filem Melayu, Transformasi sosial dan sosiobudaya
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Oct 2023 11:23
Last Modified: 31 Oct 2023 11:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37560

Actions (login required)

View Item View Item