Pengaruh komuniti pembelajaran profesional, kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan i-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah

Roziah Rusdin (2019) Pengaruh komuniti pembelajaran profesional, kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan i-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (872kB)
[img] Text
FULLTEXT (1).pdf
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT} dan penggunaan I-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif. Kajian ini melibatkan 250 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains yang mengajar di sekolah menengah seluruh Sabah. Kesemua responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan anaisis statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 20.0). Berdasarkan analisis inferensi didapati analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru sains berdasarkan jantina. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru berdasarkan umur dan opsyen guru. Analisis Anova sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru berdasarkan umur dan pengalaman mengajar. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan I-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Selain itu, analisis regresi yang dilakukan menunjukkan komuniti pembelajaran profesional (PLC), dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mempunyai pengaruh terhadap kompetensi guru sains di Sabah berbanding I-think. Implikasi kajian ini menyarankan agar penyelidikan berkaitan komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan I-think oleh guru dilakukan dari masa ke semasa bagi meningkatkan lagi kompetensi guru selari dengan matlamat dan kehendak kerajaan yang ingin memartabatkan profesion keguruan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Komuniti, kemahiran berfikir, I-think, Guru sains
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) > Q1-295 General
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Nov 2023 15:13
Last Modified: 03 Nov 2023 15:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37587

Actions (login required)

View Item View Item