Pengaruh persekitaran pembelajaran bilik darjah terhadap minat belajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat di sekolah bandar, Kota Kinabalu

Yong, Shu Lan (2014) Pengaruh persekitaran pembelajaran bilik darjah terhadap minat belajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat di sekolah bandar, Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (876kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek psikososial persekitaran pembelajaran bilik darjah dalam mempengaruhi minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah bandar, Kata Kinabalu. Instrumen What is Happening in The Class ( WIHIC) telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan disesuaikan untuk mengukur persekitaran pembelajaran bilik darjah. Satu kajian rintis telah dilaksanakan untuk menguji tahap kebolehpercayaannya, sebelum kajian sebenar dilaksanakan di sekolah-sekolah. Dapatan kajian daripada 381 orang pelajar di sekolah bandar, Kata Kinabalu melaporkan hubungan korelasi positif antara enam skala dalam WIHIC dengan minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan analisis Korelasi Pearson. Analisis Regresi Linear Berganda menunjukkan tiga daripada enam skala WIHIC memberi pengaruh terhadap minat pelajar iaitu skala sokongan guru, sikap pelajar berorientasikan tugasan dan layanan adil guru. Daripada ketigatiga skala ini, skala sokongan guru menunjukkan pengaruh positif yang paling besar terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah berbanding dengan dua skala lain. Ringkasnya, model Regresi Linear Berganda kajian ini menunjukkan skala WIHIC yang mengukur aspek psikososial persekitaran pembelajaran bilik darjah memberi sumbangan sebanyak 39.7% terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Di akhir kajian, pelbagai implikasi kajian telah dibincangkan dan pengkaji turut mengemukakan pelbagai cadangan agar persekitaran pembelajaran bilik darjah dapat diberi penekanan secara langsung atau tidak langsung demi menyemai dan memupuk minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Psikososial, Mata pelajaran Sejarah, Kota Kinabalu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Nov 2023 11:43
Last Modified: 22 Nov 2023 11:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37591

Actions (login required)

View Item View Item