Sistem maklumat geografi (gis) dalam pemetaan Perubahan guna tanah: satu kajian literatur

Mohamad Zaki Mohammad Azam and Oliver Valentine Eboy (2023) Sistem maklumat geografi (gis) dalam pemetaan Perubahan guna tanah: satu kajian literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8. pp. 1-14.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (627kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan guna tanah dan litupan tanah merupakan salah satu bentuk proses perubahan alam sekitar fizikal yang memberi impak besar kepada kehilangan biodiversiti serta kesan kepada kehidupan manusia. Perubahan guna tanah di sesebuah kawasan memberikan impak kepada perubahan semula jadi seperti perubahan permukaan bumi yang memperlihatkan interaksi hubung kait antara aktiviti manusia dan alam semula jadi. Penggunaan dan pengubahsuian tanah oleh aktiviti manusia menyebabkan berlakunya proses penyahutanan, penerokaan tanah, pertanian dan aktiviti pembinaan pembangunan menyebabkan kehilangan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, kajian literatur ini memberikan tumpuan kepada penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat untuk melihat perubahan guna tanah di sesebuah kawasan kajian. Dalam era globalisasi ini, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan alat bantuan kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat berkaitan kajian taburan guna tanah dan litupan bumi. Aplikasi GIS merupakan alat bantuan yang fleksibel yang membantu mengumpul, menyimpan, memaparkan dan menganalisis data guna tanah untuk mengesan perubahan guna tanah dalam bentuk data reruang. Analisis-analisis GIS guna tanah yang digunakan seperti Supervised Classification, Unsupervised Classification, Overlay dan Hotspot. Kaedah analisis GIS ini menerangkan dan menjelaskan perubahan guna tanah yang akan dipaparkan dalam bentuk rajah dan peta. Akhir sekali, kajian literatur ini mencadangkan kepada agensi kerajaan dalam memanfaatkan sumber tanah sedia ada ke arah pembangunan guna tanah yang lebih sistematik dan lestari.

Item Type: Article
Keyword: Perubahan Guna Tanah, Analisis GIS, Litupan Bumi, Sistem Maklumat Geografi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G70-70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology
S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S419-482 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 22 Nov 2023 11:32
Last Modified: 22 Nov 2023 11:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37616

Actions (login required)

View Item View Item