Antropomorfisme dalam filem animasi Malaysia

Imelda Ann Achin (2018) Antropomorfisme dalam filem animasi Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (35MB)

Abstract

Kajian ini menganalisis konsep dan fungsi antropomorfik dalam filem animasi terpilih di Malaysia iaitu Seefood (2012) dan Ribbit (2014). Ia meliputi ciri-ciri antopomorfik pada watak utama yang menggerakkan penceritaan sesebuah filem animasi. Kajian ini juga mengkaji simbolisme watak haiwan sebagai metafora visual. Kajian ini menggunakan empat teori iaitu Freytag Pyramid (1863), Tahap Antropomorfik Jardim (2011), Bestial Ambivalence (2009) dan Semiotik (Saussure, 1916) dalam mencapai objektif kajian. Data primer kualitatif diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian. Temu bual separa berstruktur dilakukan dengan menemu bual penggiat filem animasi serta pengarah khususnya bagi dua filem animasi terpilih. Proses pemerhatian terhadap filem animasi terpilih dilakukan menggunakan perisian open source/ Frame Accurate Cinemetrics Tool (FACT). Data sekunder diperolehi melalui bahan bercetak yang diperolehi dari rujukan perpustakaan, jurnal, surat khabar dan majalah. Kajian ini mendapati setiap watak antropomorfik harus mempunyai fungsi yang menonjolkan ciri eksklusif haiwan asal selain berupaya mewujudkan perasaan simpati atau benci terhadap sesebuah watak. Watak antropomorfik juga berfungsi sebagai alat kritikan terhadap perlakuan manusia dan menerapkan metafora visual yang mempunyai hubung kait dengan kepercayaan masyarakat setempat. Kajian ini turut mendapati peratus aplikasi watak antropomorfik penting bagi memastikan pembentukan ciri watak yang seimbang antara watak protagonis dan watak antagonis. Ciri-ciri watak antropomorfik juga turut memberi inspirasi kepada audiens di dalam mewujudkan pemikiran positif dan mengelakkan penyampaian mesej yang tidak bersesuaian dengan audiens kanak-kanak. Kajian ini mencadangkan model pembentukan watak antropomorfik sebagai panduan dalam memperbaiki pembentukan watak antropomorfik dalam penghasilan filem animasi. Sekaligus, berupaya meningkatkan kualiti serta jumlah filem animasi yang menggunakan watak antropomorfik di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Antropomorfik, Filem, Animasi, Malaysia
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Nov 2023 14:57
Last Modified: 24 Nov 2023 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37646

Actions (login required)

View Item View Item