Interaksi antara kepuasan kerja, kualiti hidup dan kesihatan mental sebagai peramal kepada prestasi akademik dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II semasa pandemik covid-19

Zeliha Hj Mohamad Ali and Azizi Yahaya and Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud and Laila Wati Madlan (2023) Interaksi antara kepuasan kerja, kualiti hidup dan kesihatan mental sebagai peramal kepada prestasi akademik dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II semasa pandemik covid-19. Southeast Asia Psychology Journal, 11. pp. 83-104.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (43kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (381kB) | Request a copy

Abstract

Penularan wabak COVID-19 ini menyebabkan wujudnya beberapa impak yang negatif seperti dari segi isu kesihatan mental dan fizikal, ketidakstabilan prestasi terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan universiti, ketidakpuasan kerja dalam melakukan tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kehendak dan masa yang ditetapkan serta penurunan kualiti hidup sepanjang pendemik ini berlaku secara berterusan. Antara objektif kajian ini ini bertujuan untuk mengenalpasti jantina dan kawasan tempat tinggal bukan merupakan faktor terhadap interaksi kepuasan kerja, kualiti hidup, kesihatan mental dan prestasi akademik. Kedua, kajian mengenalpasti faktor kepuasan kerja, kualiti hidup dan kesihatan mental merupakan peramal kepada prestasi akademik di Sekolah Kebangsaan Membakut II semasa pandemik covid-19. Pemilihan sampel kajian ini menggunakan kaedah persempelan secara rawak yang melibatkan 225 orang responden di kalangan pelajar tingkatan satu hingga enam di Sekolah Menengah Membakut II. Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Instrument kajian ini ialah menggunakan soal selidik dan diedarkan melalui aplikasi Whatsapp dalam bentuk Google Form Survey. Data dikumpul dan telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science versi 26 (SPSS 26.0) menggunakan manova 2 hala dan regresi berganda. Kajian ini mendapati bahawa Jantina dan tempat tinggal bukan merupakan faktor kepada kepuasan kerja, kualiti hidup, kesihatan mental dan prestasi akademik di kalangan pelajar Sekolah Menengah Membakut II semasa pandemik Covid-19. Selain itu, analisis regressi mendapati faktor kepuasan kerja, kualiti hidup dan kesihatan mental merupakan bukan peramal terhadap prestasi akademik di Sekolah Kebangsaan Membakut II semasa pandemik covid-19 mencatatkan sebanyak 0.17 = p<0.00 dan F (3.221) = 9.137. Hasil kajian ini perlu dititikberatkan sebagai satu panduan untuk memastikan para pelajar mendapat kepuasan dari segi gerak kerja terutamanya dapat meningkatkan lagi prestasi akademik dengan lebih berkualiti dan mengekalkan kesihatan dari segi fizikal dan mental semasa Pandemik COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Kepuasan Kerja, Kualiti Hidup, Kesihatan Mental, Prestasi Akademik, Covid 19
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Nov 2023 09:41
Last Modified: 27 Nov 2023 09:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37677

Actions (login required)

View Item View Item