Percaya terhadap pasangan dalam hubungan perkahwinan : pembentukan konsep dan pembinaan instrumen

Surianti Lajuma (2018) Percaya terhadap pasangan dalam hubungan perkahwinan : pembentukan konsep dan pembinaan instrumen. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (826kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji bagaimana seseorang individu memberi makna kepada definisi percaya serta faktor percaya terhadap pasangan dalam hubungan perkahwinan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membina instrumen Skala Kepercayaan Pasangan dan menguji serta menilai psikometrik instrumen yang telah dibina. Kajian ini menggunakan reka bentuk mixed method jenis Exploratory Design iaitu memulakan kajian dengan pendekatan kualitatif yang menggunakan metodologi Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) pada fasa pertama dan diikuti oleh pendekatan kuantitatif pada fasa kedua. Proses pembinaan instrumen berlaku selepas fasa satu dan sebelum fasa dua. Pada fasa kualitatif, seramai 16 orang telah diambil sebagai subjek kajian dan pengumpulan data adalah melalui temubual secara mendalam. Pada fasa kuantitatif pula, seramai 370 orang subjek kajian terlibat dengan cara menjawab soal selidik yang telah dibina. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah persampelan bertujuan iaitu subjek kajian mestilah mereka yang telah berkahwin dan tempoh perkahwinan adalah kurang daripada 10 tahun. Hasil kajian kualitatif menunjukkan terdapat lima tema utama bagi definisi percaya terhadap pasangan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan dan Kebergantungan, 4) Komunilasi, dan 5) Ikatan Sosial. Bagi faktor percaya terhadap pasangan pula berjaya menghasilkan tujuh tema termasuk sub-tema iaitu 1) Semulajadi, 2) Keterbukaan, 3) Rutin Pasangan, 4) Komitmen Dalam Perhubungan, 5) Hubungan Sosial, 6) Peredaran Masa, dan 7) Personaliti Pasangan. Proses pembinaan instrumen dilakukan selepas fasa satu iaitu item instrumen dihasilkan dengan menggunakan dapatan daripada data kualitatif. Hasil kajian kuantitatif pula menunjukkan penilaian psikometrik menggunakan analisis faktor telah menghasilkan instrumen dengan jumlah item sebanyak 34 dengan enam sub-skala. Selain itu, ujian penilaian juga menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi. Diharapkan kajian akan datang boleh menjalankan kajian berkaitan isu percaya terhadap pasangan dengan lebih meluas dan dapat menggunakan instrumen yang telah dibina dalam kajian ini dalam kajian mereka. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan dan implikasi dalam bidang psikologi sosial, individu, pasangan berkahwin, serta institusi yang berkaitan dengannya.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pasangan, hubungan perkahwinan, Konsep percaya
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Nov 2023 14:40
Last Modified: 30 Nov 2023 14:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37738

Actions (login required)

View Item View Item