Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu

Saravanan a/l Sundara Sakaran (2019) Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (890kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Ketersampaian (access1b!lityJ bas awam memainkan peranan yang penting dalam membantu pergerakan penduduk dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketersampaian bas awam di laluan-laluan utama menuju ke pusat bandar Kata Kinabalu. Sumber primer seperti borang soal selidik, pemerhatian langsung, temu bual dan gambar serta sumber sekunder seperti tinjauan literatur dan bahan-bahan daripada pihak yang bertanggungjawab digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Teknik analisis deskriptif seperti min, min purata dan frekuensi digunakan dalam kajian ini melalui alat sokongan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20 serta Geographic Information Systems (GIS) versi 9.3 dalam usaha untuk memetakan laluan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kemudahan perkhidmatan bas awam ke semua laluan-laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kata Kinabalu seperti di laluan Tuaran, Sepanggar, Inanam, Bukit Padang, Tanjung Aru, Putatan dan Penampang dengan kekerapan bas sebanyak lebih dari 100 buah bas bermula dari pukul lapan pagi hingga lima petang. Waiau bagaimanapun kesemua laluan tersebut mempunyai permasalahan yang perlu diatasi untuk meningkatkan kecekapan ketersampaian bas awam seperti persekitaran pengangkutan awam yang tidak kondusif dan kekurangan street furniture dalam abad ke 21 di Bandaraya ini. Semestinya, ia memberi kesan kepada pengguna apabila pengguna berhajat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam. Terdapat juga laluan yang tiada kemudahan bas awam menuju ke pusat bandar Kota Kinabalu seperti di laluan Tuaran By Pass dan Lintas. Antara faktor penyebab kepada ketiadaan bas awam di laluan tersebut adalah faktor dalaman seperti pengusaha bas awam yang tidak konsisten dan Pihak Berkuasa Tempatan serta faktor luaran seperti sosioekonomi penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Faktor dalaman iaitu pengusaha bas merupakan faktor utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku. Natijahnya, situasi ini memberi kesan negatif terhadap penduduk setempat di laluan tersebut seperti kesan kepada kos, masa dan alternatif pengangkutan lain yang terpaksa digunakan oleh penduduk yang tidak mempunyai akses untuk menggunakan bas awam. Oleh itu, hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kata Kinabalu pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Ketersampaian, Perkhidmatan bas awam, Kota kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Nov 2023 14:42
Last Modified: 30 Nov 2023 14:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37747

Actions (login required)

View Item View Item