Faktor penyertaan B40 dalam sektor ekonomi formal dan tidak formal di Malaysia

Dayangku Aslinah Abd. Rahim and Siti Hajar Samsu and Lim, Beatrice Fui Yee and Roslinah Mahmud and Khairul Hanim Pazim and Cyreel Ovyenne Oneh (2022) Faktor penyertaan B40 dalam sektor ekonomi formal dan tidak formal di Malaysia. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 7 (45). pp. 301-311. ISSN 0128-1844

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (164kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang penglibatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (yang dikenali sebagai B40) dalam sektor ekonomi di Malaysia. Secara khusus, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan kumpulan isi rumah B40 dalam sektor ekonomi formal dan tidak formal di Malaysia. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada laporan-laporan yang diterbitkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Statistik Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Selain itu, maklumat daripada jurnal, buku rujukan dan juga artikel berita turut diperoleh sebagai data sokongan di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti jaminan kerja, skim faedah persaraan, perlindungan sosial, kemudahan pinjaman serta gaji/insentif mempengaruhi penyertaan kumpulan B40 di dalam sektor ekonomi formal manakala faktor-faktor seperti tahap pendidikan rendah, peningkatan kos sara hidup, peluang pekerjaan, minat dan fleksibiliti pula mempengaruhi masyarakat ini untuk menyertai sektor ekonomi tidak formal di Malaysia. Hasil kajian juga mendapati bahawa golongan isi rumah B40 lebih tertumpu kepada sektor ekonomi tidak formal walaupun wujud keinginan untuk terlibat dalam sektor ekonomi formal. Berdasarkan daripada hasil kajian ini, adalah dicadangkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi formal di samping mewujudkan perlindungan sosial kepada pekerja sektor ekonomi tidak formal.

Item Type: Article
Keyword: B40, Faktor penyertaan, Ekonomi formal, Ekonomi tidak formal, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Dec 2023 08:46
Last Modified: 04 Dec 2023 08:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37761

Actions (login required)

View Item View Item