Islam dan Perubahan Sosial dalam Masyarakat Rungus di Matunggong, Sabah

Mohd Nazmi Mohd Khalli and Suraya Sintang and Romzi Ationg (2023) Islam dan Perubahan Sosial dalam Masyarakat Rungus di Matunggong, Sabah. Kajian Malaysia. pp. 1-28. ISSN 0127-4082

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (522kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Rungus merupakan antara subetnik yang tergolong dalam keluarga Dusunik, iaitu antara etnik peribumi Sabah yang majoritinya mendiami Bahagian Kudat negeri Sabah, meliputi daerah Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Pada awalnya, masyarakat Rungus berpegang dengan kepercayaan animisme dan mula menerima agama Kristian setelah kedatangan penjajah British ke Sabah abad ke-19. Agama Islam hanya mula diterima oleh sebahagian kecil masyarakat Rungus pada tahun 1970-an setelah program pengislaman beramai-ramai dijalankan United Sabah Islamic Association (USIA) di kawasan penempatan mereka. Justeru, makalah ini bertujuan menjelaskan sejarah pengislaman masyarakat Rungus sehingga mencorakkan perubahan sosial di Matunggong, Sabah. Makalah ini berpandukan penyelidikan sejarah bersandarkan kajian kualitatif, iaitu dengan memfokuskan kaedah temu bual dan analisis kandungan. Hasil dapatan menjelaskan pengislaman dan perubahan sosial masyarakat Rungus melalui tiga fasa, iaitu sejarah penerimaan Islam dalam kalangan beberapa individu Rungus, penubuhan institusi keagamaan, dan pembentukan komuniti saudara baru di daerah Matunggong. Kajian ini memberi sumbangan dalam meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan Islam dalam masyarakat Rungus dan hal ini perlu diketengahkan bagi memahami peranan agama yang memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat minoriti di pedalaman Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Pengislaman, perubahan sosial, kepercayaan tradisional, masyarakat Rungus, daerah Matunggong
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR99.6-390 By region or country
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 01 Dec 2023 11:06
Last Modified: 01 Dec 2023 11:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37773

Actions (login required)

View Item View Item