Adaptasi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ke filem : Analisis Strukturalisme Robert Stanton

Nur Elyana Madah (2018) Adaptasi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ke filem : Analisis Strukturalisme Robert Stanton. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (976kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Kajian ini mengkaji adaptasi novel Tenggelamnya Kapa/ Van Der Wijck (1938) karya Hamka dan kepada sebuah filem arahan Sunil Suraya. Analisis perubahan elemen dan struktur naratif antara novel dan filem menggunakan kritikan kesetiaan (fidelity criticism) yang diperkenalkan oleh McFarlene (1996) dilakukan. Dalam mengkaji aspek kesetiaan, konsep Adaptasi Eneste turut digunakan iaitu merangkumi aspek penambahan, pengurangan dan perubahan bervariasi. Selain itu teori strukturalisme Robert Stanton (1965) digunakan untuk mengkaji aspek faktafakta cerita iaitu tema, watak perwatakan, plot dan latar dalam kedua-dua karya tersebut. Kajian ini juga menganalisis kesan transformasi verbal novel kepada bentuk visual yang dipaparkan dalam filem Tenggelamnya Kapa/ Van Der Wijck (2013). Pengumpulan data sekunder menggunakan bahan ilmiah dan juga laman sesawang. Data-data dikutip menggunakan analisis kandungan Krippendorff (2004) dari segi analisis teks dan konteks serta data Miles dan Huberman ( 1992) melalui reduksi data, paparan dan kesimpulan data. Pengumpulan data juga menggunakan data perpustakaan dan juga laman sesawang. Kajian ini mendapati bahawa terdapat pembaharuan dan persamaan yang terdapat di dalam novel adaptasi dari segi elemen naratif kedua buah karya. Subteks dan teks tema mempunyai persamaan namun disampaikan melalui plot dan subplot yang diberi penambaikan dan pembaharuan.Perubahan watak dari segi perubahan bervariasi dan penambahan memberi impak yang menarik dalam mengetengahkan jalan cerita dan menonjolkan tema. Penambahan watak misalnya adalah untuk memenuhi perubahan elemen naratif struktur plot. Plot novel dan filem memiliki persamaan dari aspek permulaan dan pertengahan cerita namun perubahan besar berlaku di pengakhiran cerita yang memberi nilai positif untuk penonton. Penggunaan latar yang sama menunjukkan bahawa aspek kesetiaan terhadap novel asal dikekalkan walaupun berlaku beberapa penambahan baharu. Sarana sastera seperti judul, sirnbolik, gaya dan tone yang digunakan di dalam filem turut memberi pengaruh besar dalam filem tersebut. Secara keseluruhannya, adaptasi novel ke filem ini memberi kesan yang besar dalam memenuhi kekurangan yang terdapat di dalam novel yang tidak dapat disampaikan secara jelas. Justeru, kajian ini amat berguna kepada pengarah filem dan penulis skrip sebagai garis panduan untuk menghasilkan filem adaptasi yang memenuhi kehendak dan keperluan sasaran penonton tanpa mengabaikan keaslian novel asal.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Adaptasi novel, Filem, Struktur filem, Teori strukturalisme, Eleman naratif
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures > PN1997-1997.85 Plays, scenarios, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Dec 2023 12:19
Last Modified: 05 Dec 2023 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37794

Actions (login required)

View Item View Item