Kesan aplikasi solar hibrid (pv-diesel) sebagai elektrifikasi luar bandar terhadap sosioekonomi komuniti Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Mohammad Aniq Naim Nazuan (2018) Kesan aplikasi solar hibrid (pv-diesel) sebagai elektrifikasi luar bandar terhadap sosioekonomi komuniti Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (838kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Sistem solar hibrid (pv-diesel) merupakan gabungan antara tenaga boleh diperbaharui (tenaga solar) bersama sumber konvensional ( diesel). Penghasilan sistem ini berfungsi untuk menjana bekalan elektrik yang lebih efektif dan menjimatkan berbanding penggunaan sumber diesel semata-mata. Sistem tenaga ini lazimnya diimplementasikan secara meluas di kawasan luar bandar yang mengalami kesukaran untuk dihubung secara talian grid seperti di Pulau Banggi. Pulau Banggi yang terletak di daerah Kudat, Sabah ini merupakan antara kawasan yang selama ini terpisah daripada menerima arus pembangunan semasa kerana masalah penyaluran bekalan elektrik yang tidak cekap. Namun pada tahun 2009, sebuah stesen sistem solar hibrid (pv-diesel) dilaksanakan bertujuan untuk menyalurkan bekalan elektrik secara 24 jam kepada penduduk. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sistem solar hibrid (pv-diesel) terhadap pembangunan sosioekonomi komuniti di Pulau Banggi. Lima komponen asas digunapakai dalam menilai aspek sosioekonomi iaitu aktiviti harian dan kebajikan, pendidikan, maklumat dan informasi, kesihatan serta ekonomi dan perusahaan kecil. Hasil kutipan data melalui soal selidik, temu bual, tinjauan dan pemerhatian mendapati bekalan elektrik yang disalurkan memberi kesan positif seperti meningkatkan pengetahuan semasa penduduk, membantu aktiviti memasak dan melanjutkan tempoh masa pembelajaran kanak-kanak setempat. Malah analisis statistik korelasi menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) turut mendapati hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut positif iaitu r=.635. Oleh itu, kemudahan bekalan elektrik yang disalurkan ini seharusnya dirancakkan lagi dengan beberapa program seperti Industri Kecil dan sederhana (IKS) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) agar sektor ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat terus meningkat. Sehubungan itu, aplikasi sistem ini merupakan usaha serampang dua mata kerajaan yang bukan sahaja membantu meningkatkan pembanguan luar bandar malah menerapkan konsep pembangunan hijau.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Aplikasi solar hibrid, Py-diesel, Sosioekonomi, Pulau Banggi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9680-9714 Mechanical industries Including electric utilities, electronic industries, and machinery
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Dec 2023 12:19
Last Modified: 05 Dec 2023 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37795

Actions (login required)

View Item View Item