Kesepaduan sosial dalam menghadapi musibah kejadian tanah runtuh di Malaysia

Syafiqah Syuhada Samsul and Suraya Sintang and Baba Musta (2022) Kesepaduan sosial dalam menghadapi musibah kejadian tanah runtuh di Malaysia. International Journal of Education, islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 7 (2). pp. 34-43.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (146kB)

Abstract

Kesepaduan sosial menjadi sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme bagi menguruskan kerencaman sesebuah komuniti dalam menangani sesuatu musibah atau ancaman terhadap faktor keselamatan manusia mahupun bencana yang melibatkan faktor alam semula jadi. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amaran mewujudkan hubungan sosial diantara komuniti setempat secara tidak langsung. Artikel ini bertujuan melihat faktor kemanusiaan yang menyebabkan punca berlakunya tanah runtuh dan kesannya terhadap perubahan sosial masyarakat setempat. Hal ini bagi memberi penekanan kesepaduan sebagai asas nilai untuk kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya berlakunya bencana khusunya tanah runtuh. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang bersandarkan sumber data sekunder. Justeru itu, data sumber sekunder adalah daripada artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan dengan meluas dalam penulisan ini. Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan individu sehingga ke peringkat kelompok komuniti mahupun penglibatan pihak-pihak berkepentingan adalah sebagai sifat tanggungjawab yang bekerjasama dalam menghadapi bencana alam.

Item Type: Article
Keyword: Kesepaduan, Komuniti, Bencana alam, Tanah runtuh
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Dec 2023 15:44
Last Modified: 15 Dec 2023 15:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806

Actions (login required)

View Item View Item