Perkembangan dan kebebasan akhbar di Brunei Darussalam

Haji Yussof Haji Ladi (2014) Perkembangan dan kebebasan akhbar di Brunei Darussalam. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menyusurgalur perkembangan suratkhabar dan perundangan media sejak tahun 1950an hingga tahun 2012 serta merumuskan status kebebasan akhbar di Brunei Darussalam menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif berdasarkan kaedah sejarah dan kaedah temu bual. Dalam tempoh enam dekad, dua belas buah suratkhabar terbit di Brunei Darussalam, lima daripadanya masih terbit dan beredar di pasaran sehingga masakini, manakala dua buah akhbar lagi masih terbit tetapi ditukar menjadi majalah akhbar dan akhbar harian online. Sementara lima buah akhbar telah terhenti penerbitannya dan tidak lagi berada di pasaran. Perkembangan suratkhabar di Brunei Darussalam dipengaruhi oleh persekitaran perundangan, pemilikan, sosio-ekonomi dan saiz pasaran media yang kecil. Kebebasan akhbar Brunei Darussalam dikategorikan tidak bebas bercirikan "sosio-centralist" seperti diutarakan oleh Ralph dan Lowenstein, 1974, yang termaktub dalam Tipologi Empat Teori Akhbar (1956) yang dipengaruhi oleh falsafah negara Melayu Islam Beraja dan persekitaran perundangan berlatarbelakangkan sosio-ekonomi-politik seperti diasaskan oleh Teori Pemisahan Kuasa yang diperkenalkan oleh Montesqueu (1680-1704). Di Brunei Darussalam, kuasa Eksekutif lebih dominan terhadap kuasa perundangan, kehakiman, akhbar dan rakyat menjadikannya tidak bebas berdasarkan perspektif integrasi dan pemisahan kuasa yang diutarakan oleh Mohd Safar Hasim (1996). Peranan akhbar hanyalah menyampaikan maklumat dan info berita semasa kepada orang ramai selaras dengan aspirasi dan pembangunan negara. Walaupun, sistem akhbar Brunei Darussalam tidak bebas, namun masih terdapat saluran alternatif bagi rakyat bersuara terutama melalui kemudahan media sosial, di samping melalui Sahagian Perhubungan Awam dan Unit Maklumbalas kementerian dan jabatan kerajaan, program interaksi pemimpin negara ke peringkat akar umbi bersama rakyat dalam menyalurkan aduan, pendapat, dan aspirasi mereka kepada kerajaan. Inisiatif kerajaan membenarkan penggunaan lesen televisyen satelit (1996), interaksi langsung Sultan Brunei bersama rakyat, peranan Majlis Mesyuarat Negara (1959), dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (1996) telah menjadi pentas bagi saluran perbahasan dan konsultatif mengenai isu-isu rakyat dan kenegaraan yang membuka ruang alternatif bersuara dan berpendapat di Brunei Darussalam. Cabaran media baru yang dialami oleh dunia masakini juga dihadapi di Brunei Darussalam, yang memberi lebih ruang kepada rakyat menerima dan menyampaikan maklumat dan suara mereka secara lebih terbuka merentasi sempadan kawalan perundangan media konvensional yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan ini, status kebebasan akhbar Brunei Darussalam yang dikategorikan tidak bebas berdasarkan perspektif Barat masih pula mempunyai unsur keterbukaan berasaskan kepada perspektif Asia dan ketimuran serta falsafah Negara Melayu Islam Beraja secara tersendiri dalam kes Brunei Darussalam.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Akhbar, Media, Brunei Darussalam
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc. > PN4840-5648 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Dec 2023 11:26
Last Modified: 21 Dec 2023 11:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37882

Actions (login required)

View Item View Item