Perbandingan kinematik timangan antara sepak raga dengan bulu ayam

Norlaila Azura Kosni (2015) Perbandingan kinematik timangan antara sepak raga dengan bulu ayam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (992kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Sepak raga dan bulu ayam merupakan permainan tradisional yang merupakan pelopor kepada sepak takraw. Permainan tradisional ini memiliki persamaan dari aspek kemahiran asas kepada sepak takraw iaitu kemahiran asas timangan. Bagi kanak-kanak, penggunaan bola sepak takraw untuk melatih kemahiran asas timangan berkemungkinan akan menyebabkan rasa sakit semasa kontak antara kaki dengan bola. Ini adalah kerana struktur bola sepak takraw yang keras dan berat. Kanak-kanak yang baharu belajar menimang bola tidak mampu untuk menimang bola secara konsisten dan bola sepak takraw yang digunakan akan jatuh dibahagian kaki secara tidak teratur. Ini juga merupakan punca kanak-kanak tidak dapat meningkatkan kemahiran asas timangan dengan baik. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan kinematik timangan antara sepak raga dengan bulu ayam. Parameter kinematik yang dilihat adalah tempoh satu kitaran timangan, tempoh masa kontak antara kaki dengan bola, sesaran maksimum kontak antara kaki dengan bola, halaju semasa kontak antara kaki dengan bola dan pecutan semasa kontak antara kaki dengan bola. Seramai lapan orang peserta kajian yang menyertai kajian ini. Kesemua peserta adalah pemain sepak takraw yang berumur 13.63(±0.52) tahun. Mereka diarah untuk melakukan timangan dengan menggunakan bola raga dan bulu ayam. Kemahiran timangan yang dipilih adalah sepak sila dan sepak kuda. Peserta melakukan timangan dengan menggunakan kaki kiri dan kanan (secara berasingan) secara bergilir-gilir. Sebanyak 20 percubaan timangan sekurang-kurangnya yang dilakukan oleh setiap peserta. Setiap percubaan timangan dilakukan sebanyak empat kali kontak. Pergerakan peserta semasa menimang bola dirakam dengan menggunakan video kamera digital. Pendekatan kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kuantitatif dan reka bentuk kajian adalah ex-post facto. Instrumen yang digunakan untuk digitasi video ialah perisian DigiMan (Digital Motion Analysis). Hanya timangan kontak yang ketiga sahaja didigitasi kerana kontak ketiga dianggapkan peserta dalam keadaan stabil semasa menimang bola. Data daripada perisian DigiMan dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi ANOVA dengan pengukuran berulang-ulang untuk menguji perbezaan antara sepak raga dengan bulu ayam; sepak sila (kaki kanan dan kiri) dan sepak kuda (kaki kanan dan kiri). Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kinematik yang signifikan antara sepak raga dengan bulu ayam untuk kemahiran timangan sepak sila dan juga sepak kuda. Namun, dapatan timangan sepak kuda (kaki kari) bagi parameter halaju, nilai p adalah signifikan. Kesimpulannya, permainan bulu ayam boleh digunakan semasa latihan untuk mempercepatkan pemerolehan kemahiran mengawal bola (skill acquisition) kepada sepak takraw. Atlet sepak takraw boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bola yang memberi keselesaan kepada mereka kerana tiada perbezaan parameter kinematik bagi kedua-dua permainan tradisional ini. Disamping meningkatkan prestasi kemahiran timangan, permainan sepak raga dan bulu ayam ini juga akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Untuk cadangan kajian lanjutan, analisis kinematik menggunakan perspektif tiga dimensi boleh dijalankan untuk memperkukuhkan kajian yang telah dilakukan ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kinematik timbangan, Sepak raga, Bulu ayam.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV861-1017 Ball games: Baseball, football, golf, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Dec 2023 09:49
Last Modified: 22 Dec 2023 09:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37893

Actions (login required)

View Item View Item