Sejarah kepemimpinan Huguan Siou dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011)

Ceroliza Matin (2016) Sejarah kepemimpinan Huguan Siou dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (24MB)

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk membincangkan sejarah kepemimpinan Huguan Siou (Paramount LeadetJ dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011). Berdasarkan kepada sejarah, ianya menunjukkan bahawa kepemimpinan Huguan Siou telah wujud sekian lama dalam konteks sistem pentadbiran tradisional masyarakat Kadazandusun. Dalam sistem politik Kesukuan masyarakat Kadazandusun, terdapat beberapa institusi seperti Orang Tua, Majlis Kampung terdiri daripada Ketua-ketua Kampung, Huguan Siou dan Bobolian yang sangat penting dalam sistem pentadbiran ini. Semasa di bawah pemerintahan BNBCC, sistem pentadbirannya menyerapkan sistem pentadbiran tradisional ke dal am pentadbiran peribumi yang di bentuk semula. Namun pentadbiran ini telah memansuhkan kepemimpinan Huguan Siou dan peranan Huguan Siou telah dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 1917. Menjelang kemerdekaan, status dan gelaran Huguan Siou diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan politik. Waiau bagaimanapun, era pasca merdeka memperlihatkan kedudukan Huguan Siou menimbulkan pelbagai perspektif. Manakala dalam aspek politik, penglibatan Huguan Siou tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan ini mengundang kekeliruan dalam memahami sejarah kepemimpinan Huguan Siou. Justeru itu, Huguan Siou hanya relevan dalam konteks kebudayaan masyarakat Kadazandusun. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan. Hasil kajian ini penting untuk memahami sejarah kepemimpinan Huguan Siou.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Huguan Siou, Masyarakat, Kadazandusun, Sistem pentadbiran
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:35
Last Modified: 12 Jan 2024 09:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37922

Actions (login required)

View Item View Item