Penilaian terhadap pelaksanaan dalam pembangunan program homestay Walai Tokou Kundasang, Sabah

Ruzila Ismail (2017) Penilaian terhadap pelaksanaan dalam pembangunan program homestay Walai Tokou Kundasang, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Program homestay di Malaysia telah beroperasi lebih daripada dua dekad. Isu kajian banyak tertumpu kepada pembangunan program homestay, penglibatan komuniti, kepentingan dan faktor mempengaruhi pembangunannya. Namun begitu, tidak terdapat kajian tentang penilaian pembangunan program homestay terutamanya dari aspek pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) serta keberkesanan pelaksanaannya terhadap komuniti setempat serta pengalaman pelancong. Terdapat tiga objektif kajian ini, iaitu (i) meneliti kriteria pematuhan dan pengubahsuaian dalam pelaksanaan garis panduan yang ditetapkan oleh KPKM; (ii) menilai keberkesanan pelaksanaan dalam pembangunan program homestay dalam konteks manfaat dan sumbangan program homestay kepada penduduk sekitar selepas program ini dilaksanakan lebih 15 tahun dan (iii) menilai keberkesanan pelaksanaan dalam pembangunan program homestay daripada perspektif pelancong (antarabangsa dan domestik) sama ada berjaya atau sebaliknya sepertimana tujuan asal diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada tahun 1995 dahulu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan penilaian dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang pengusaha homestay, 122 orang responden dalam kalangan penduduk setempat dan 135 orang responden adalah pelancong (domestik & antarabangsa). Kajian ini menggunakan teknik temu bual mendalam, temu bual dengan borang soal selidik, penglibatan ikut serta dan pemerhatian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical for Social Science (SPSS) dengan penggunaan teknik analisis kekerapan, crosstab dan min. Data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk carta pai, graf dan jadual. Dapatan kajian menunjukkan Program Homestay Walai Tokou masih mematuhi garis panduan yang ditetapkan, namun terdapat beberapa aspek yang sudah diubah suai seperti penyediaan bilik kepada pelancong, penyediaan pakej dan aktiviti program homestay. Manfaat utama program homestay kepada komuniti setempat termasuklah dapat menjana sumber pendapatan sampingan (81.9%), memberi peluang pekerjaan (86.8%) dan menggalakkan budaya keusahawanan (82.0%). Dari aspek perspektif petancong dalam pelaksanaan pembangunan homestay, majoriti responden berpuas hati dengan perkhidmatan seperti layanan pengusaha kepada pelancong (73.3% ), aspek persekitaran yang baik, bersih dan cantik (61.4%) serta aktiviti kebudayaan seperti permainan alat muzik tradisional (60.0%). Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan penilaian terhadap pembangunan program homestay adalah relevan untuk membantu program homestay terus kekal berdaya saing pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pembangunan program homestay, Pelancongan, Walai tokou, Kundasang
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:42
Last Modified: 12 Jan 2024 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37937

Actions (login required)

View Item View Item