Analisis penggunaan imej yang bercirikan kartun dalam catan pelukis-pelukis Sabah

Sabating @ Ev Baron Kampiau (2015) Analisis penggunaan imej yang bercirikan kartun dalam catan pelukis-pelukis Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (948kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB)

Abstract

Manifestasi penggunaan imej bercirikan kartun dalam catan merupakan amalan lama yang telah dipraktikkan oleh pelukis-pelukis terdahulu. Ini terbukti melalui lukisan prasejarah pada dinding-dinding gua yang memaparkan pelbagai imej ringkas bertemakan kehidupan sejagat yakni aktiviti pemburuan atau rakaman pengabadian peristiwa yang berlaku pada ketika itu. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti imej-imej yang bercirikan kartun dalam catan di Sabah. Kaedah penghayatan dalam penyelidikan seni visual ini adalah menggabungkan teori Edmund Burke Feldman yakni berasaskan empat tahap iaitu diskripsi, peringkat analisis, interpretasi, pertimbangan dan Erwin Panofsky berasaskan tiga tahap iaitu tahap formalistik, ikonografi dan ikonologi. Ada tiga objektif iaitu, membuat inventori imej bercirikan kartun, menganalisis aspek formalistik dan mengenal pasti ikon pada karya catan terpilih. Persoalan kajian dirangka untuk menjawab semua objektif tadi iaitu, apakah hasil inventori?, bagaimana hasil analisis formalistik? dan apakah ikon karya catan terpilih dan hubungannya dengan masyarakat persekitaran?. Kaedah untuk mendapatkan data adalah bergantung kepada dua sumber utama iaitu bahan terbitan melalui pembacaan dan pengamatan melalui artifak dan data mentah. Dapatan kajian yang melibatkan dua puluh buah catan pilihan, membuktikan kewujudan ciri-ciri kartun pada imej dalam catan yang diklasifikasikan berdasarkan kriteria penilaian yang terdiri daripada lima ciri iaitu penampilan hodoh, penampilan dipermudahkan, penampilan lucu, pemiuhan dan penampilan yang tidak mementingkan kadarbanding. Kriteria penilaian yang diadaptasi daripada interpretasi tokoh-tokoh pengkaji terdahulu terhadap kartun ini dilengkapi dengan penskoran: 1 kurang tepat, 2 agak tepat, 3 tepat dan 4 paling tepat. Keputusan kajian yang merujuk tahap keberkesanan kriteria imej bercirikan kartun pada catan diperolehi melalui penjumlahan skor terkumpul yang diklasifikasikan kepada kumpulan Sederhana (1-5 skor), Memuaskan (6-10 skor), Baik (11-15 skor) dan Cemerlang (16-20 skor). Daripada 20 karya yang dikaji, 9 daripadanya berada dalam kategori Cemerlang, Baik 5 buah, Memuaskan 5 buah dan Sederhana hanya sebuah catan sahaja. Kajian ini membuktikan bahawa karya bercirikan kartun dalam catan menterjemahkan maksud peribadi dan kerencaman kehidupan yang berlatarbelakangkan cerita, sejarah, tradisi dan pengalaman sosial pelukis dalam masyarakatnya di samping menaikkan kesan penerimaan awam terhadap stail ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kartun, Pelukis-pelukis Sabah, Sabah
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC1300-1766 Pictorial humor, caricature, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:44
Last Modified: 12 Jan 2024 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37938

Actions (login required)

View Item View Item