Pengkonsepan semula konsep kredibiliti maklumat dalam era masyarakat jaringan

Cyril Modili (2017) Pengkonsepan semula konsep kredibiliti maklumat dalam era masyarakat jaringan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (786kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini meningkatkan kebergantungan masyarakat terhadap maklumat yang bersifat segera. Hal ini menyebabkan lambakan maklumat dalam jaringan internet, yang seterusnya menyebabkan kredibiliti maklumat tersebut diragui. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengkonsepkan semula konsep kredibiliti maklumat. Konsep kredibiliti maklumat dilihat dalam konteks sumber, medium dan mesej yang menyampaikan maklumat. Ini kerana tradisi kredibiliti maklumat sering melihat sumber, medium dan mesej sebagai entiti penting dalam penentuan kredibiliti. Persoalannya, adakah sumber, medium dan mesej masih dilihat sebagai konsep penting dalam penentuan kredibiliti maklumat oleh masyarakat jaringan? Bagi menjawab persoalan tersebut, temubual kumpulan fokus (focus group) telah dibuat ke atas informan yang lahir sebelum tahun 1990-an dan selepas 1990-an. Lingkungan umur tersebut dipilih kerana transisi teknologi mula berlaku dalam lingkungan umur informan yang lahir pada tahun berkenaan. Dalam empat temubual kumpulan fokus yang dibuat, kajian mendapati bahawa terdapat empat konsep yang ditemui iaitu sumber, mesej, viral dan tingkah laku. Berbanding konsep asal yang statik dalam kajian lalu hanya terdiri daripada sumber, medium dan mesej. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa konsep kredibiliti maklumat berubah dan bercambah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa masyarakat jaringan masih mempercayai media tradisional sebagai sumber utama maklumat yang berkredibiliti namun mencari sumber alternatif lain sebagai maklumat tambahan. Manakala, implikasi kajian ini pula menjurus kepada teori dan pembuat polisi. Kajian ini mencadangkan agar pengkaji seterusnya dapat menjalankan kajian yang lebih menyeluruh supaya dapat digeneralisasikan seterusnya menyumbang kepada pengembangan teori.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Teknologi maklumat dan komunikasi, Masyarakat, Konsep kredibiliti maklumat
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:48
Last Modified: 12 Jan 2024 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37942

Actions (login required)

View Item View Item