Pola pelakuan jenayah seksual di Kota Kinabalu, Sabah

Darmeya Hussin (2018) Pola pelakuan jenayah seksual di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (901kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Penyelidikan ini adalah berkaitan Pola Pelakuan Jenayah Seksual di Kata Kinabalu Sabah. Isu Pelakuan Jenayah Seksual merupakan sebuah isu global yang dihadapi oleh setiap negara di dunia dan jenayah seksual ini diklasifikasikan sebagai jenayah yang membawa ancaman hebat kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Di Malaysia statistik trend pelakuan jenayah seksual yang dilaporkan oleh pihak polis adalah meningkat hampir tiga kali ganda dari tahun 2000 hingga 2012 iaitu pada tahun 2000 sebanyak 1217 kes manakala pada tahun 2012 hampir mencecah 3000 kes. Empat objektif penyelidikan ini iaitu (i) Meneliti Trend Pelakuan Jenayah Seksual di Kata Kinabalu (ii) Mengenalpasti Pola Pelakuan Jenayah Seksual di Kata Kinabalu (iii) Mengenalpasti Pengaruh Perbandaran Ke Atas Pola Pelakuan Jenayah Seksual di Kata Kinabalu (iv) Membangunkan Cadangan untuk Membendung Pelakuan Jenayah Seksual di Kata Kinabalu. Penyelidikan ini dijalankan di enam kawasan iaitu Menggatal, Karamunsing, Inanam, Bandaraya Kata Kinabalu, Tanjung Aru dan Luyang. Fenomena Pelakuan Jenayah Seksual diteliti daripada aspek trend pelakuan jenayah seksual bagi tempoh 7 tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2014. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini adalah melalui pengumpulan data primer expert survey kepada pihak PDRM dan pengedaran borang soal selidik kepada 300 orang di enam kawasan yang terlibat secara rawak. Terdapat 8 jenis trend pelakuan jenayah seksual iaitu jenayah rogol, cabul, sumbang mahram, keganasan rumah tangga, penderaan seks terhadap kanak-kanak, buang bayi atau menyebabkan keguguran, kelucahan melampau dan mengaibkan. Jenayah rogol merupakan penyumbang utama kepada indeks trend pelakuan jenayah seksual di Kata Kinabalu iaitu sebanyak 161 kes bersamaan (56.3 %) daripada jumlah keseluruhan 286 kes bagi tempoh 2008 hingga 2014. Kawasan Menggatal mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding kawasan lain sebanyak 79 kes. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa (100%) responden mengetahui secara umum mengenai pelakuan jenayah seksual. Walaubagaimanapun, didapati aspek penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan akta bagi membanteras pelakuan jenayah seksual adalah berada pada tahap rendah iaitu sebanyak (19.3 %). Aspek persekitaran merupakan aspek yang tertinggi dalam mempengaruhi pola pelakuan jenayah seksual iaitu meempunyai nilai skor min ( 4.29). Selain itu, kajian ini juga membincangkan cadangan langkah yang berkesan bagi mengatasi pelakuan jenayah seksual. Cadangan langkah ini diteliti dalam tiga aspek iaitu aspek kekeluargaan yang berfokus kepada peranan ibu bapa dan merupakan nilai skor min yang tinggi iaitu sebanyak ( 4.53), selain itu aspek persekitaran dan aspek penguatkuasaan undang-undang. Justeru, beberapa aspek penambahbaikan telah dicadangkan dalam kajian ini bagi membantu mencari solusi kepada permasalahan limitasi pengetahuan dan kefahaman dalam kalangan masyarakat terh adap pelakuan jenayah seksual terutamanya dari segi perundangan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pelakuan jenayah seksual, Trend, Pola, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6251-6773.55 Crimes and offenses
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:49
Last Modified: 12 Jan 2024 09:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37946

Actions (login required)

View Item View Item