Konsep Bandar Selamat: Kronologi dan Pelaksanaan di Sabah

Nor-Ina Kanyo and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Ruslan Rainis and Norita Anak Jubit and Siti An-Nur Arsyi Lajimin and Norcikeyonn Samuni (2023) Konsep Bandar Selamat: Kronologi dan Pelaksanaan di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 368-386.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (259kB)

Abstract

Pelakuan jenayah berlaku di kebanyakan bandar di dunia. Masalah ini semakin kompleks dan sukar dibendung. Konsep Bandar Selamat (KBS) atau (Safe City) diperkenalkan bagi menbendung permasalahan jenayah sekaligus meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk bandar. Di Malaysia, pelaksanaan KBS pada tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dengan menggariskan sebanyak 23 langkah pencegahan jenayah di peringkat awal pelaksanaannya melalui 3 strategi utama iaitu melalui (i) rekabentuk persekitaran fizikal, (ii) memperkasakan kawasan sasaran dan kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan (iii) kempen kesedaran. Namun begitu, KBS telah ditakrifkan dan distrukturkan semula pada tahun 2010. Di Sabah, KBS telah dilancarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kemudiannya diperluaskan ke daerah lain di Sabah seperti daerah Tawau dan Sandakan. Kertas kerja ini cuba mengetengahkan Bandar selamat dari aspek pentakrifan Bandar Selamat, latar belakang pengenalan dan kronologi pelaksanaanya di Malaysia juga di Sabah dengan lebih terperinci.

Item Type: Article
Keyword: Konsep Bandar Selamat, kronologi, Pelaksanaan, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV9950-9960 By region or country
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jan 2024 10:44
Last Modified: 22 Jan 2024 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37994

Actions (login required)

View Item View Item