Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

Budi Anto Mohd Tamring and Veronica Petrus Atin and Nelson Justin Adeh (2023) Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-19.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsurunsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat.

Item Type: Article
Keyword: Myths, Folk legends, Kampung Nelumad, Ranau
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Jan 2024 15:24
Last Modified: 26 Jan 2024 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38039

Actions (login required)

View Item View Item