Penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam perkembangan aktiviti rekreasi memancing di laut : kajian kes Kota Kinabalu

Mohd Zulhalmi Ibrahim (2018) Penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam perkembangan aktiviti rekreasi memancing di laut : kajian kes Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Penglibatan pengusaha kapal sewaan terhadap perkembangan aktiviti memancing rekreasi di Kota Kinabalu. Kajian mengenai aktiviti memancing serta penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam aktiviti memancing masih kurang dikaji di Malaysia. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini, iaitu (i) mengenal pasti profil kapal sewaan yang digunakan untuk aktiviti memancing rekreasi di Kota Kinabalu; (ii) meninjau penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam perkembangan aktiviti memancing rekreasi di Kota Kinabalu serta; (iii) meneliti sumbangan peranan pihak pemegang taruh dalam membantu pengusaha kapal sewaan dalam perkembangan aktiviti memancing rekreasi di Kota Kinabalu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan penerokaan dan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif sebagai kaedah penyelidikan utama. Responden kajian ini terdiri daripada 14 orang pengusaha kapal sewaan di Kota Kinabalu dan 9 orang pihak pemegang taruh. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual mendalam, temu bual secara tidak langsung, senarai semak dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan profil kapal sewaan aktiviti memancing mempunyai nama, saiz kapal, jenama enjin serta warna kapal yang berbeza, pemilikan kapal sewaan majoriti adalah persendirian, mempunyai alatan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga, jeti berlabuh dan memunggah penumpang adalah di jeti segama. Majoriti pemilik kapal menggunakan modal sendiri tanpa bantuan daripada pihak lain, pemilik kapal lebih selesa mengupah pekerja asing, operasi kapal sewaan bergantung kepada cuaca dan giat aktif bermula pada bulan Mei sehingga Ogos, bilangan pekerja di kapal sewaan seramai 3 dengan tugas yang berbeza iaitu sebagai kapten kapal dan 2 orang sebagai krew kapal, majoriti gaji pekerja kapal tidak melebihi RM 1000 sebulan, prosedur permohonan lesen kapal dilakukan di Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua agensi tersebut, majoriti pengusaha kapal menawarkan pakej kepada pemancing dengan menempah terlebih dahulu secara terus di kapal mahupun secara atas talian, harga pakej pemancing tempatan murah berbanding harga pakej yang dikenakan kepada pemancing asing, had maksimum muatan orang di atas kapal tertakluk kepada saiz besar kapal manakala lokasi memancing adalah di sekitar perairan Kota Kinabalu sahaja. Pertandingan memancing peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Pengail Sabah menunjukkan majoriti pengusaha kapal sewaan di Kota Kinabalu terlibat setiap tahun. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam perkembangan aktiviti memancing dapat membantu pihak pengusaha kapal sewaan dalam memastikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik sekali gus mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengusaha kapal sewaan, Rekreasi memancing, Kota kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jan 2024 15:10
Last Modified: 31 Jan 2024 15:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38051

Actions (login required)

View Item View Item