Dayang Nadia Mawi and Zaimie Sahibil (2023) Unsur Perlambangan Perkakas Usungan Kedatuan Bangso Sama di Kota Belud: Pertimbangan di Sebalik Estetika Transendental. International Journal of Language, Literacy and Translation (IJoLLT), 6 (1). pp. 76-89. ISSN 2637-0484
Text
ABSTRACT.pdf Download (36kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (323kB) |
Abstract
Artikel ini mendokumentasikan komponen perkakas Usungan Kedatuan Bangso Sama di Kota Belud yang digambarkan secara visual melalui aspek estetika transendental. Estetika transendental merangkumi komponen yang memiliki makna dan fungsi di sebalik konsep keindahan yang dipamerkan. Usungan Kedatuan dilengkapi lima jenis perkakas budaya, antaranya sempangan, sumbulayang, payung pejuntai, bendira/kipas pacak dan kerusi yang menjadi simbol perlambangan khususnya bagi adat kedatuan dalam komuniti bangso sama atau dikenali sebagai masyarakat Bajau Sama di Kota Belud. Unsur perlambangan di sebalik komponen perkakas usungan adalah berpandukan aspek estetik yang bersifat transendental dan memenuhi keperluan aktiviti harian masyarakat. Penilaian di sebalik estetika bersifat transenden menyenaraikan sebanyak tiga peringkat penilaian, antaranya pengalaman, dasar pemikiran dan etika yang berlaku dalam masyarakat Bajau Sama sekali gus menepati peringkat pertimbangan yang berlaku dalam komponen daya fikir. Justeru, unsur perlambangan ialah gambaran sebuah keperluan yang dikembangkan melalui daya pemikiran bersifat transenden.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Usungan Kedatuan, Estetika Transendental, Unsur Perlambangan, Perkakas Usungan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) |
Department: | FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 31 Jan 2024 15:17 |
Last Modified: | 31 Jan 2024 15:17 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38064 |
Actions (login required)
View Item |