Penglibatan komuniti dalam konservasi : kajian kes di sebuah unit pengurusan hutan, di Tongod, Sabah

Siti Nur Afifah Nazula (2019) Penglibatan komuniti dalam konservasi : kajian kes di sebuah unit pengurusan hutan, di Tongod, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (870kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Unit Pengurusan Hutan (Forest Management Unit) menguruskan kawasan konservasi hutan. Jabatan Perhutanan Sabah telah menetapkan mengenai Syarat Pensijilan Hutan menjelang tahun 2016, Antaranya, mana-mana syarikat mesti melibatkan komuniti untuk mendapatkan lesen dalam pengurusan hutan. Oleh itu, untuk mendapatkan lesen, FMU perlu melibatkan komuniti setempat dalam konservasi hutan. Ada banyak tahap penglibatan yang telah dibincangkan untuk menilai penglibatan anggota masyarakat dalam konservasi hutan. Misalnya Arnstein (1969) telah mengemukakan satu tipologi berdasarkan penglibatan masyarakat. Beliau telah mengemukakan tujuh tahap yang dikenali sebagai "Ladder of Participation. Tahap pertama ialah Manipulasi, Terapi, Pemberi maklumat, Perundingan, Placation, Kerjasama, Pengagihan kuasa/ dan Kawalan penduduk. Kajian ini juga membincangkan mengenai faktor-faktor penglibatan masyarakat dalam konservasi hutan dengan mengaplikasi teori dengan fenomena di kawasan kajian. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual secara mendalam , temubual semi struktur dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian mendapati terdapat dua tahap untuk memahami penglibatan komuniti dalam konservasi hutan iaitu tahap sederhana dan tahap rendah yang dirasai oleh induvidu berbeza mengikut jawatan dan kuasa yang dipegang oleh ahli komuniti dan faktor ekonomi merupakan faktor utama yang mendorong dalam penglibatan masyarakat dalam konservasi hutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Unit pengurusan hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Hutan, Tongod
Subjects: S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry > SD561-669.5 Administration. Policy
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jan 2024 15:20
Last Modified: 31 Jan 2024 15:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38070

Actions (login required)

View Item View Item