Pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar

Norisah Samutu (2017) Pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (918kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB)

Abstract

Tumpuan kajian mengenal pasti pengaruh pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar. Kaedah kajian melibatkan sampel kajian sebanyak 361 orang pelajar di sekolah menengah bandar di Sabah. Instrumen digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada ciri demografi, skala pedagogi guru, skala sikap pelajar, skala teknologi maklumat komunikasi dan skala motivasi belajar. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS for windowVersi 21 dan AMOS 21. Analisis skor min dan analisis univariat (Ujian-t, ANOVA) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p< .05. Keputusan analisis menunjukkan tahap pedagogi guru danteknologi maklumat komunikasi di tahap memuaskan sementara sikap pelajar dan motivasi belajardi tahapamat memuaskan. Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi terhadap motivasi belajar berdasarkan ciri demografi yang difokuskan. Keputusan analisis regresi (Amos) menunjukkan terdapat pengaruh positifelemen pedagogi guru melibatkan strategi pengajarandan alat bantu mengajar (R2 = 0.28), elemen sikap pelajar melibatkan diri pelajar,rakan dan persekitaran (R2 = 0.34), elemen teknologi maklumat komunikasi melibatkan komputerdan internet (R 2 = 0.19) terhadap motivasi belajar.Selain itu, keputusan analisis regresi menunjukkanpedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi mempunyai pengaruh yang positif terhadap motivasi belajar(R2 = 0.45). Analisis regresi model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian bagi model yang dicadangkan. Justeru membuktikan ketiga-tiga variabel bebas tersebut mempunyai pengaruh terhadap variabel bersandar kajian iaitu motivasi belajar. Oleh itu bagi merealisasikan sekolah sebagai pusat pendidikan, pelbagai perbezaan ciri demografi sampel kajian tidak harus dipinggirkan kerana bertindak sebagai pelaksana dalam motivasi belajar di samping turut melihat kepentingan pedagogi guru, sikap pelajar dan teknologi maklumat komunikasi sebagaifaktor yang mampu menyumbangkan pengaruh terhadap motivasi belajardi sekolah menengah bandar di Sabah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Guru, Sikap pelajar, Teknologi maklumat komunikasi, Motivasi
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC3001-3501 Asians
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:35
Last Modified: 01 Feb 2024 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38075

Actions (login required)

View Item View Item