Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja : Sokongan keluarga sebagai moderator

Noorazwana Musida (2019) Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja : Sokongan keluarga sebagai moderator. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (991kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Pada masa kini, peranan dalam pekerjaan dan peranan dalam keluarga telah mengalami perubahan yang semakin ketara khususnya bagi ibu bapa yang bekerja. Tuntutan keseimbangan antara kedua-dua peranan perlu dititikberatkan untuk memastikan ibu bapa yang bekerja dapat mengendalikan kehidupan dan melaksanakan pekerjaan mereka dengan baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh konflik kerja-keluarga iaitu konflik berasaskan masa, konflik berasaskan tekanan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada sokongan keluarga berperanan sebagai moderator ke atas hubungan antara konflik kerja-keluarga dengan kepuasan hidup. Seramai 389 orang penjawat awam telah menjadi responden yang terdiri daripada ibu bapa yang bekerja di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Responden dipilih menggunakan kaedah purposive samplingdengan pengkaji telah menetapkan ciriciri responden seperti status responden mestilah berkahwin, tinggal bersama pasangan suami atau isteri dan mempunyai anak. Saal selidik yang digunakan adalah Work-Family Conflict Scale (WFCS), Family Support Inventory for Worker(FSIW) dan Satisfaction With Life Scale (SWLS) dalam Bahasa Melayu. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis Regresi Pelbagai telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat pengaruh yang negatif dan signifikan dalam konflik berasaskan masa, konflik berasaskan tekanan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pengaruh sokongan keluarga sebagai moderator terhadap hubungan antara konflik kerja-keluarga dengan kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja hanya signifikan bagi konflik berasaskan tekanan sahaja. Implikasi dan cadangan kajian juga turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Konflik kerja-keluarga, Ibu bapa bekerja, Moderator
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:36
Last Modified: 01 Feb 2024 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38077

Actions (login required)

View Item View Item