Kesediaan dan pengaruh terhadap penyesuaian diri kanak-kanak tahun satu di sekolah luar bandar dan bandar

Saturia Amiruddin (2016) Kesediaan dan pengaruh terhadap penyesuaian diri kanak-kanak tahun satu di sekolah luar bandar dan bandar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (832kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan ke sekolah kanakkanak yang memasuki tahun satu daripada aspek psikologi iaitu kognitif, fizikal dan sosio-emosi dan pengaruhnya terhadap penyesuaian kanak-kanak di sekolah . Seramai 86 kanak-kanak yang yang baru memasuki tahun satu di daerah Tawau dipilih sebagai subjek kajian dan 43 orang kanak-kanak mewakili kawasan bandar dan 43 mewakili kawasan luar bandar. Selain itu, latar belakang prasekolah kanakkanak juga di kaji dari aspek kesediaan ke sekolah. Kajian berbentuk tinjauan dan soal selidik ini menggunakan alat kajian Nijmeegse schoolbekwaamheids test (NST) untuk mengukur kesediaan ke sekolah dan The Swvey of Early School Adjustment Difficulty untuk melihat penyesuaian kanak-kanak di sekolah. Analisis deskriptif, ujian-t dan regresi mudah dan regresi berganda digunakan dalam kajian ini. Hasil keputusan ujian menunjukkan hampir keseluruhan kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki tahun satu. Manakala hasil ujian t-test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesediaan kanak-kanak ke sekolah bagi kawasan bandar dan luar bandar. Namun apabila dikaji dari 3 aspek kesediaan hanya satu pembolehubah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kematangan kognitif bagi kanak-kanak bandar dan luar bandar. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesediaan ke sekolah dan kematangan kognitif dengan latar belakang prasekolah kanak-kanak. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kematangan fizikal dan sosio-emosi terhadap kesediaan ke sekolah kanak-kanak. Melalui ujian regresi pula menunjukkan kematangan kognitif menunjukkan satu hubungan linear yang signifikan. Justeru itu, dapatan ini menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kematangan kognitif yang baik dalam kesediaan ke sekolah menentukan penyesuaian di sekolah yang baik berbanding dengan aspek yang lain seperti kematangan fizikal dan sosio-emosi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kesediaan ke sekolah, Penyesuaian di sekolah, NST
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:36
Last Modified: 01 Feb 2024 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38081

Actions (login required)

View Item View Item