Pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dan sogit kampung: Satu kajian perbandingan

Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Mohammad Firdaus Hasmin (2022) Pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dan sogit kampung: Satu kajian perbandingan. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7. pp. 623-641.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (328kB)

Abstract

Masyarakat Kadazandusun di Sabah terkenal sebagai sekumpulan etnik yang mempunyai kepelbagaian budaya yang unik. Antara kebudayaan yang masih lestari dalam kebudayaan Kadazadusun ialah amalan sogit. Sogit secara mudahnya dapat difahami sebagai pampasan, ganti rugi adat ataupun denda adat yang dikenakan terhadap individu (anak negeri) yang melanggar norma adat tradisi. Amalan sogit ini telah diterima sebagai kod adat yang telah dikanunkan di Mahkamah Anak Negeri bagi membicarakan kes-kes berkaitan dengan adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. Berdasarkan kepada hakikat tersebut, mutakhir ini amalan sogit dapat dilihat daripada dua perspektif yang berbeza. Pertama, dari perspektif pengamalan sogit secara formal di Mahkamah Anak Negeri menerusi Kaedah Undang-undang Adat Mahkamah Anak Negeri (1995). Kedua, pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat kampung terdiri daripada orang-orang Dusun. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat perbandingan di antara pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa ciri-ciri yang sesuai untuk ditonjolkan sebagai suatu kajian perbandingan pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Ciri-ciri tersebut antaranya sumber perolehan undang-undang, makna, fungsi, pengamalan dan juga pelaksana.

Item Type: Article
Keyword: Sogit, Mahkamah Anak Negeri, Dusun Kampung, Perbandingan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jan 2024 15:25
Last Modified: 31 Jan 2024 15:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38091

Actions (login required)

View Item View Item