Homestay berasaskan patuh syariah dan bukan patuh syariah: Satu perbandingan

Suhailah Abdul Muin and Norcikeyonn Samuni and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Mohd Nor Azan Abdullah and Mikdar Rusdi (2022) Homestay berasaskan patuh syariah dan bukan patuh syariah: Satu perbandingan. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 4 (3). pp. 253-267.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (252kB) | Request a copy

Abstract

Homestay berasaskan patuh syariah merupakan salah satu alternatif baru dalam mewujudkan konsep ibadah, perniagaan dan imej muslim dalam mempromosikan sektor palancongan bagi menarik minat pelancong muslim mahupun non-muslim dari dalam mahupun dari luar negara. Selain itu, dapat meningkatkan mutu ekonomi umat Islam ianya juga merupakan fardhu kifayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maksud homestay berasaskan patuh syariah dan bukan patuh syariah disamping menerangkan perbezaan homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah, seterusnya menjelaskan impak homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah serta implikasinya dari sudut pandang ekonomi. Pertumbuhan pengusaha homestay dilihat semakin memberansangkan. Kemunculan pelbagai idea dan pendekatan serta pelaksanaan dalam menawarkan pelancongan dan penginapan halal atau berasaskan patuh syariah dilihat penting untuk diberi perhatian dan perlu terus diketengahkan memandangkan ianya merupakan suatu keperluan. Dengan sebab itu, kemunculan pelabagai reka bentuk pelaksanaan dan penerapan dalam mengurus tadbir pelancongan dan penginapan, maka perlulah adanya garis panduan yang tepat atau standard yang khusus sebagai satu pemudahcara untuk diaplikasi dalam semua sistem pengurusan agar ianya selari dengan tuntutan syariah. Untuk memastikan takrifan dan penentuan standard, kertas kerja ini akan merujuk kepada Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Patuh Syariah, (MS 1900), Standard Makanan Halal (MS1500), Islamic Quality Standard for Hotel (IQS 2610) seterusnya standard yang dibangunkan oleh institusi persendirian bagi memberi gambaran yang lebih terperinci akan perbezaan homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah. Selain itu, kajian ini juga berdasarkan tinjauan kajian rintis terhadap 30 buah homestay di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Hasil penelitian mendapati, terdapat sesetengah homestay telah menepati penerapan ciri-ciri dari segi betuk operasi namun tidak ada garis panduan yang tertentu diambil sebagai pananda aras atau asas. Oleh itu garis panduan penyediaan homestay patuh syariah di Sabah perlu dibangunkan atas landasan yang jelas dan kukuh.

Item Type: Article
Keyword: Homestay, Patuh syariah, Bukan patuh syariah, Perbandingan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:46
Last Modified: 01 Feb 2024 15:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38111

Actions (login required)

View Item View Item