Penelitian pengaplikasian ciri-ciri keselamatan kemudahan penginapan homestay patuh syariah di destinasi pilihan pelancong di Sabah dan kaitannya dengan maqasid syariah

Suhailah Abdul Muin and Norcikeyonn Samuni and Mohd. Dahlan A. Malek and Dzurizah Ibrahim and Jalihah Md. Shah and Mohd Nor Azan Abdullah and Mardyawati M. Ag (2022) Penelitian pengaplikasian ciri-ciri keselamatan kemudahan penginapan homestay patuh syariah di destinasi pilihan pelancong di Sabah dan kaitannya dengan maqasid syariah. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 4 (3). pp. 294-305. ISSN 2710-6276

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (65kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (240kB) | Request a copy

Abstract

Industri pelancongan sangat sinonim dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mengembara ke destinasi indah, mempelajari kebudayaan masyarakat, membeli-belah serta merasai pengalaman melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang ekstrem. Pelancong dalam negeri dan antarabangsa sentiasa terdedah risiko persekitaran yang dinamik disebabkan oleh tindakan manusia mahupun bencana alam semulajadi. Pelbagai aspek perlu diambil kira dalam memastikan keselamatan sentiasa terpelihara saat melancong ke destinasi yang asing bagi para pelancong seperti pemilihan kemudahan penginapan. Dewasa kini, penginapan jenis homestay semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong domestik. Justeru, kertas kerja ini cuba meneliti ciri-ciri asas yang disediakan oleh pengusaha homestay dalam memastikan keselamatan penginapan terjamin dengan baik. Selain itu, penyediaan kemudahan penginapan homestay patuh syariah perlu menekankan aspek keselamatan yang perlu merujuk perspektif maqasid syariah kerana ianya mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan kepada nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di dalam kerangka syariat. Penelitian ciri-ciri keselamatan ini juga adalah indikator baru yang dimasukkan dalam ciri-ciri kemudahan homestay patuh syariah selain reka bentuk dan ruang persekitaran (bilik), organisasi dan kakitangan penginapan, etika pelanggan atau penginap dan kemudahan awam yang sedang giat dilaksanakan di tiga destinasi tumpuan pelancong di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna. Kajian ini melibatkan tiga puluh (30) orang pengusaha homestay yang aktif dan penelitian dilaksanakan berpandukan kepada soal selidik serta senarai semak ciri-ciri kemudahan homestay patuh syariah yang disediakan. Hasil analisis mendapati enam daripada tujuh ciri-ciri keselamatan iaitu penyediaan pagar keselamatan, alat pemadam kebakaran, pengurusan sisa pepejal yang sistematik, ruang merokok (khas), persekitaran yang bebas semak samun dan ancaman binatang berbisa dan kit pertolongan cemas yang diteliti mencapai tahap pengaplikasian yang tinggi di homestay yang terlibat kecuali pemasangan kamera litar tertutup di kawasan homestay.

Item Type: Article
Keyword: Keselamatan, Homestay patuh syariah, Maqasid syariah, Pelancongan, Sabah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Feb 2024 15:46
Last Modified: 01 Feb 2024 15:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38112

Actions (login required)

View Item View Item