Bahan bantu mengajar (BBM) guru bahasa melayu sekolah rendah di daerah Semporna

Bibah Talag (2014) Bahan bantu mengajar (BBM) guru bahasa melayu sekolah rendah di daerah Semporna. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah (GBMSR) di daerah Semporna. Dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), penggunaan BBM dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik. Penulisan ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan BBM utama dan BBM sampingan yang sering digunakan dalam proses PdP, amalan serta persepsi penggunaan BBM dalam kalangan GBMSR di daerah Semporna. Penyelidik telah menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian terhadap tiga orang peserta kajian dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Semporna. Data dianalisis dengan membuat "koding", mengkategorikan teks atau ungkapan serta mencadangkan tema yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa guru Bahasa Melayu mengamalkan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka, di samping menggunakan BBM mengikut kepada keperluan dan tahap murid. Manakala BBM utama yang digunakan adalah lembaran kerja untuk tahun enam dan BBM yang berbentuk grafik untuk murid tahap satu yang baru mengenal suku kata dan juga abjad. Justeru, dalam arus kepesatan perkembangan pendidikan pada hari ini, BBM dilihat memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna samada terhadap murid mahupun guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Bahan Bantu Mengajar, BBM, Sekolah Rendah, Semporna
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Feb 2024 11:01
Last Modified: 22 Feb 2024 11:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38298

Actions (login required)

View Item View Item