Isu 'perhambaan' dalam industri kapas di Uzbekistan (1990-2014)

Anita Anak Nira (2017) Isu 'perhambaan' dalam industri kapas di Uzbekistan (1990-2014). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami industri pengeluaran kapas ( 'white gold') di Uzbekistan semasa era Presiden Islam Karimov dari tahun 1990 hingga 2014, dan perkaitannya dengan isu 'perhambaan' yang wujud. Ia cuba untuk menganalisis industri pengeluaran kapas sebagai tonggak dasar ekonomi Islam Karimov, dan sejauhmana guna tenaga telah digunakan dalam industri ini. Kajian mendapati bahawa industri pengeluaran kapas ini telah mencabar kehidupan rakyat Uzbekistan, terutamanya kanak-kanak, apabila mereka dipaksa bekerja, kadang-kadang dalam keadaan yang melampau, untuk mencapai sasaran dan kejayaan ekonomi. Pelbagai pihak antarabangsa tampil dan mendakwa bahawa pengeksploitasian buruh ini sebagai suatu bentuk perhambaan, kerana ianya melanggar undang-undang antarabangsa. Waiau bagaimanapun, usaha pelbagai pihak dan tekanan antarabangsa sedikit sebanyak memberi impak kepada penggunaan buruh paksa dalam industri kapas Uzbekistan, namun isu penggunaan buruh paksa terutamanya buruh kanak-kanak masih mendapat kritikan berterusan. Kajian ini bergantung kepada sumber utama seperti dokumen, laporan dan statistik kerajaan, surat khabar, dokumentari dan laporan daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Islam Karimov, Kapas, Buruh paksa, Buruh kanak-kanak, Perhambaan, Reaksi antarabangsa
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:16
Last Modified: 27 Feb 2024 09:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38303

Actions (login required)

View Item View Item