Diagnosis pengertian etika dan peradaban: suatu sorotan

Mohd Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Saifulazry Mokhtar and Romzi Ationg (2023) Diagnosis pengertian etika dan peradaban: suatu sorotan. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-15. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (556kB) | Request a copy

Abstract

Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) telah diperkenalkan sebagai salah satu Mata Pelajaran Umum (MPU) oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai ganti kepada kursus Hubungan Etnik. Kursus PEP mempunyai kandungan kurikulum yang bersifat komprehensif dengan meliputi sembilan topik, serta ia diikat dengan elemen penghayatan etika dan peradaban. Justeru, objektif utama kertas kerja ini memberi tumpuan kepada topik 1, iaitu ‘Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan Malaysia’ dengan memfokuskan kepada pengertian dan konsep etika dan peradaban. Pengertian dan konsep tersebut perlu dijelaskan kerana menjadi nadi terpenting dalam memahami keseluruhan kursus ini. Konsep etika dan peradaban perlu dilihat bukan sekadar kepada pengertian sahaja, tetapi perlu dihuraikan dari pelbagai perspektif yang sesuai dengan matlamat ingin dicapai daripada kursus PEP. Oleh kerana penulisan ini bersifat kertas kerja konsep (concept paper), maka kaedah penulisannya bersifat kualitiatif dengan berasaskan kajian perpustakaan. Kajian ini mengutilasikan sumber sekunder seperti hasil penyelidikan dalam jurnal, penulisan sarjana dan sumber sejarah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa konsep etika dan peradaban bagi kursus PEP perlu dilihat dalam konteks peradaban Alam Melayu dan anak watan. Pengetahuan sejarah negara juga diperlukan untuk memahami konsep tersebut, serta ia boleh membantu pelajar untuk mendalami kandungan kurikulum kursus PEP dengan lebih baik lagi.

Item Type: Article
Keyword: Alam Melayu, Anak Watan, Etika, Peradaban, Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1-1725 Ethics > BJ1188-1295 Religious ethics
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 21 Feb 2024 15:17
Last Modified: 21 Feb 2024 15:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38329

Actions (login required)

View Item View Item