Kajian bencana banjir di Daerah Beaufort, Sabah

Eldawaty Madran (2016) Kajian bencana banjir di Daerah Beaufort, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (809kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB)

Abstract

Kawasan kajian terletak di Daerah Beaufort iaitu di Sahagian Pedalaman Sabah. Kajian tertumpu di sekitar Pekan Beaufort dan kampung-kampung berhampiran dengannya dengan keluasan 59 km2 . Formasi Crocker membentuk kawasan tanah tinggi di bahagian Timurlaut dan Tenggara manakala dataran banjir yang bertopografi rendah dengan julat ketinggian dari 4.5 meter hingga 11 meter terdiri daripada Endapan Aluvium Kuaterner dan Aluvium Resen. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab banjir, menentukan lokasi dan keluasan banjir berdasarkan ketinggian paras air sungai, menentukan keluasan gunatanah (infrastruktur dan pertanian) yang dipengaruhi dan berpotensi dilanda banjir, dan akhir sekali mengenalpasti kemungkinan banjir berlaku dan tahap intensiti bahaya banjir berdasarkan topografi kawasan, jarak dari sungai utama dan topografi kedudukan gunatanah infrastruktur dan pertanian. Tiga jenis analisis yang dijalankan dalam kajian ini iaitu analisis keluasan kawasan banjir berdasarkan paras air sungai menggunakan perisian Global Mapper 10, analisis multikriteria kemungkinan banjir berlaku dan analisis intensiti bahaya banjir. Analisis multikriteria bahaya banjir dan intensiti bahaya banjir melibatkan teknik pemberat dan ranking dengan menggunakan perisian Geographic Information System 9.0 (GIS 9.0'J dan Penderiaan Jauh. Tiga parameter tempatan yang digunakan dalam analisis ini iaitu topografi kawasan, jarak dari sungai utama dan topografi kedudukan gunatanah infrastruktur dan pertanian. Banjir yang berlaku dalam kawasan kajian adalah jenis banjir monsun. Banjir monsun dipengaruhi oleh faktor alam semulajadi seperti intensiti hujan yang tinggi semasa Monsun Timurlaut (Mac hingga November), kawasan tadahan sungai yang luas, topografi yang rendah dan hampir landai, corak sungai yang bermeander dan cetek, sistem saliran semulajadi dan perparitan yang kurang efektif. Antara kawasan yang mempunyai tahap intensiti bahaya banjir Tinggi adalah Pekan Beaufort, Kampung Klias Baru, Kampung Limbawang, Kampung Pintas, Kampung Malulugus, Kampung Melati, Kampung Bekalau, Kampung Cina, Kampung Jimpangah, Taman San Min, Kampung Balibata dan Kampung Binunuk. Kampung yang mempunyai tahap intensiti bahaya banjir Sangat Tinggi ialah Kampung Kubu dan Kampung Manalugus.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Bencana banjir, Beaufort, Sabah
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC1-978 Hydraulic engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Mar 2024 11:44
Last Modified: 08 Mar 2024 11:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38346

Actions (login required)

View Item View Item