Teknik solekan kesan khas (SFX) dalam filem seram di Malaysia

Zuzela @ Ela Mohamed (2017) Teknik solekan kesan khas (SFX) dalam filem seram di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (19MB)

Abstract

Kajian ini menfokuskan kepada filem-filem seram dengan membuat penelitian kesesuaian teknik solekan kesan khas (SFX) terhadap adegan-adegan seram melalui filem-filem seram terpilih. Analisis secara terperinci adalah berdasarkan kepada dua teori iaitu teori warna Munsell yang diperkenalkan oleh Albert Henry Munsell (1858- 1918) dan teori mimesis Plato yang diperkenalkan oleh Plato (428-348SM) mengkhusus kepada adegan seram. Kajian ini berlatarkan dua buah filem seram di Malaysia yang dipilih iaitu Jangan Pandang Belakang (2007) dan Penanggal (2013) sebagai bahan kes. Data primer diperolehi melalui pemerhatian secara berterusan terhadap filem seram terpilih dan melihat setiap karakter serta penelitian setiap jenis solekan yang digunakan dalam setiap adegan seram. Selain itu juga, maklumat mengenai teknik SFX diperolehi menerusi temuramah dengan jurusolek profersional solekan SFX Data sekunder lain juga diperolehi dari pada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja daripada para penyelidik terdahulu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua buah filem seram terbabit telah berlandaskan kepada teori warna oleh Albert Henry Munsell (1858-1918) dan juga teori mimesis Plato (428- 348SM) telah memberi impak yang jelas terhadap tahap menyeramkan dan menakutkan kepada audiens dan mempengaruhi keberkesanan sesebuah cerita seram. Melalui kajian ini juga diharapkan para jurusolek SFX dapat memahami dan seterusnya mengetahui teknik solekan SFX mengikut kesesuaian karaktor watak sesebuah adegan seram.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Solekan kesan khas, SFX, Filem seram, Teori warna munsell, Teori mimesis plato
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Mar 2024 12:00
Last Modified: 08 Mar 2024 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38350

Actions (login required)

View Item View Item