Budaya nasional Hofstede dan persepsi pelajar Hubungan Industri, Universiti Malaysia Sabah terhadap E Pembelajaran ketika pandemik Covid-19

Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2022) Budaya nasional Hofstede dan persepsi pelajar Hubungan Industri, Universiti Malaysia Sabah terhadap E Pembelajaran ketika pandemik Covid-19. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 77-93. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (69kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (343kB)

Abstract

Model Budaya National Hofstede mengetengahkan empat (4) dimensi iaitu budaya individualisme-kolektivisme, jarak kuasa, maskulin-feminin dan mengelakkan ketidakpastian. Model Hosfede mempengaruhi tingkahlaku individu dalam satu persekitaran budaya seperti pembelajaran dalam talian yang digunakan apabila berlaku pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini melihat bagaimana nilai budaya Malaysia mempengaruhi penerimaan teknologi menerusi Epembelajaran dalam kalangan mahasiswa Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini menumpukan kepada penggunaan smartv3 iaitu Learning Management System (LMS) yang disediakan untuk mahasiswa/i dan pensyarah di UMS. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan analisis data deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis diskriptif, dimensi mengelak ketidakpastian dan sikap kolektivisme berada pada tahap tinggi. Mahasiswa dalam kajian ini menggunakan e-pembelajaran untuk mengelak ketidakpastian dalam proses pembelajaran dan sikap kolektivisma masih kekal sebagai budaya rakyat Malaysia yang mendorong pelajar menerima E-pembelajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa penerimaan teknologi menerusi E-pembelajaran berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan mahasiswa/i memanfaatkan sepenuhnya medium Epembelajaran ketika PKP. Analisis regresi mendapati bahawa dimensi budaya Hofstede mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan teknologi. Dengan Technology Acceptance Model (TAM), penerimaan terhadap teknologi terbahagi kepada tanggapan kebergunaan teknologi dan tanggapan mudah digunakan. Kajian ini mendapati budaya National Hofstede mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap persepsi mengunakan Smartv3 sebagai tanggapan kebergunaan. Sikap kolektivisma menjadi peramal yang dominan dalam mempengaruhi mahasiswa/i menggunakan E-pembelajaran, diikuti dengan dimensi mengelak ketidakpastian. Ini menunjukkan ketika PKP, mahasiswa/i mengunakan E- pembelajaran dan mereka sangat mementingkan maklumat, panduan dan pemantauan daripada para pensyarah untuk mendapatkan informasi lengkap berkaitan pengajian mereka.

Item Type: Article
Keyword: Budaya National Hofstede, E-pembelajaran, Model TAM, kolektivisme, mengelak ketidakpastian, Smartv3
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:30
Last Modified: 27 Feb 2024 09:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38358

Actions (login required)

View Item View Item