Kefahaman rakyat mengenai virus Covid-19: Penelitian tafsiran audiens Malaysia terhadap mesej KKM di media massa

Haryati Abdul Karim (2022) Kefahaman rakyat mengenai virus Covid-19: Penelitian tafsiran audiens Malaysia terhadap mesej KKM di media massa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 66-76.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (67kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (287kB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada persoalan kefahaman rakyat Malaysia terhadap apa itu virus Novel Coronavirus 2019 (Covid-19) melalui kempen kesihatan awam mengenai virus itu yang disampaikan di pelbagai saluran komunikasi-baik melalui media-massa mahupun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pemahaman rakyat penting untuk dikaji untuk melihat samada wujud atau tidak perkongsian makna antara mesej yang disampaikan oleh KKM dengan rakyat Malaysia dalam konteks menyebarkan kesedaran tentang bahaya virus Covid-19. Dalam ertikata yang lain, adakah wujud jurang komunikasi antara audiens Malaysia dengan KKM.Dengan menggunakan konsep Literasi Kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1998) dan teori audiens aktif, satu temuramah separa berstruktur melalui pelbagai kaedah atas talian telah dijalankan untuk meneliti pemahaman rakyat tentang Covid-19 sebagaimana yang disampaikan oleh KKM ke atas 22 informan dari daerah Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah yang dijalankan dari bulan Mac sehingga Disember 2021 di daerah Tawau dan Kota Kinabalu. Dua lokasi kajian ini dipilih kerana kedua-duanya merupakan kawasan yang berulangkali diisytiharkan sebagai kawasan zon merah. Data-data temuramah dianalisa secara Tematik dan mendapati terdapat empat tema – risiko, gejala, virus selsema baru membunuh vs virus membunuh serta kejahilan yang mewarnai pemahaman audiens tentang Covid-19. Selain itu, pemahaman rakyat umumnya terbahagi kepada Memahami dan Tidak Memahami menunjukkan tidak semua makna mesej yang disampaikan KKM diterima dan difahami oleh masyarakat yang antaranya menyumbang kepada ketidakpatuhan Prosidur Operasi Standard (SOP).

Item Type: Article
Keyword: Covid-19, Pemahaman, Media, Sabah, Literasi kesihatan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:47
Last Modified: 27 Feb 2024 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38364

Actions (login required)

View Item View Item